oleh Gabungan Marhaen

Himpunan Marhaen, sebuah festival rakyat yang berlangsung selama seminggu, berakhir dengan perayaan keragaman dan peningkatan suara golongan terpinggir yang biasa didiamkan. Malam Marhaen, sebuah konsert atas talian, memastikan bahawa barisan artis adalah inklusif dan mencerminkan demografik Malaysia dengan kepelbagaian masyarakat. Konsert ini, yang dijadualkan sebagai acara kemuncak kepada siri tujuh forum yang membincangkan isu-isu teras yang mempengaruhi golongan terpinggir di Malaysia, diadakan bersempena dengan “Hari Antarabangsa untuk Pembasmian Kemiskinan” pada 17 Oktober, dihadiri hampir oleh lebih 80 orang penonton secara langsung melalui siaran laman Facebook Gabungan Marhaen.

Malam Marhaen menampilkan penyanyi dan penulis lagu Ocha Vozvyshennyy; band punk queer Tingtongketz; kumpulan post-rock queercore “Shh … Diam!”; dan golongan aktivis, penyanyi, dan pemuzik seperti MV Nathan, Daniel Hakeem, Harris Nasril dan Choo Chon Kai; serta persembahan harmonika khas oleh bekas ADUN Selangor dan bekas Pengerusi PSM, Dr Nasir Hashim. Konsert tersebut dimulakan dengan persembahan daripada penyanyi akustik anarko-punk, Redo, dengan lagunya “Terarah Ekonomi”; dan diakhiri dengan penyanyi punk – Francis Francis Wolf, yang menyanyikan lagu-lagunya seperti “Hutang” dan “Kampung Boy”. Malam Marhaenmeraikan pelbagai genre muzik, dari punk ke lo-fi, folk ke joget, dan cover lagu revolusi seperti “Buruh Tani”, “March for Our Beloved”, dan “Hasta Siempre, Comandante”. Barisan persembahan ini juga menampilkan penyajak seperti Sin, Pavitrah dan Nightshade yang membacakan puisi kuat beliau “Demokrasi”:

“Beginikah rupanya wajah demokrasi

Tatkala dataran merdekaku berkawat duri

disuruh keluar dari negaraku sendiri

masa depanku hilang seri

Apa aku mahu lagi?

sebagai anak jati

di tanah air kelahiranku ini,

salahkah aku terus bermimpi?”

==========

Gabungan Marhaen ialah sebuah gabungan gerakan masyarakat yang terdiri daripada komuniti-komuniti akar umbi, kolektif-kolektif masyarakat, kesatuan-kesatuan sekerja, badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang progresif dan aktivis-aktivis masyarakat untuk memperjuangkan kepentingan rakyat terbanyak.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s