Kumpulan-kumpulan pekerja penghantar makanan yang independen dan tindakan kolektif memainkan peranan penting dalam membentuk Akta Pekerja Platform di Singapura yang diluluskan pada bulan September 2024, tetapi akta tersebut boleh menyekat usaha organisasi pekerja selanjutnya.
Bebaskan Palestin! Tumbangkan Zionisme!
7 Oktober 2024 menandakan ulang tahun pertama “Operasi Taufan al-Aqsa” dan juga genap setahun perang genosid yang dilancarkan oleh rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin.
Israel terus mengganas di Timur Tengah
Rantau Timur Tengah malah dunia kita tidak akan dapat mencapai keamanan yang berkekalan selagi rejim Zionis Israel yang disokong oleh kuasa imperialis AS itu masih bermaharajalela dan mengganas!
Sri Lanka: Parti kiri menang Pilihan Raya Presiden
Anura Kumara Dissanayake daripada parti berhaluan kiri memperolehi kemenangan bersejarah dalam Pilihan Raya Presiden Sri Lanka baru-baru ini.
Membidas pandangan angkuh Duta AS
Wawancara Malaysiakini dengan Edgard D Kagan, Duta Amerika Syarikat ke Malaysia, mencerminkan keangkuhan dan sifat suka berlagak AS yang menganggap dirinya sebagai jaguh dunia bebas.
Indonesia: Protes besar-besaran batalkan rancangan raktifikasi RUU Pilkada yang kontroversi
Aksi protes besar-besaran di Indonesia berjaya memaksa Dewan Perwakilan Rakyat untuk membatalkan rancangannya yang hendak meratifikasi Rang Undang-undang Pilkada yang bertentangan dengan keputusan Mahkamah Perlembagaan.
Bangladesh: Perdana Menteri letak jawatan dan larikan diri selepas gelombang protes hebat
Seperti yang pernah berlaku di negara-negara lain yang mengalami pergolakan politik serupa, tindakan pihak tentera di Bangladesh hanya sekadar untuk menyelamatkan kelas pemerintah dengan menukar ketua kerajaan yang tidak lagi menguasai kepercayaan rakyat dan melakukan “peralihan kuasa yang tersusun” kepada pihak yang akan terus menjaga kepentingan kelas elit pemerintah di dalam negara dan golongan kapitalis luar negara yang melaburkan modal di Bangladesh.
Venezuela: Revolusi Bolivar diancam serangan pelampau kanan sekali lagi
Venezuela dilanda krisis politik baharu apabila puak berhaluan kanan di negara itu mencuba untuk merampas kuasa sekali lagi dengan mempertikaikan keputusan Pilihan Raya Presiden. Puak berhaluan kanan telah menghasut orang ramai untuk berprotes membantah kerajaan pimpinan Nicolás Maduro, sementara rakyat Venezuela yang mendukung Revolusi Bolivar turut bermobilisasi untuk mempertahankan kerajaan Maduro daripada digulingkan oleh kuasa pelampau kanan.
Pembunuhan Ismail Haniyeh: Israel langsung tidak mahu keamanan di Timur Tengah
Pembunuhan Ismail Haniyeh, pemimpin utama kumpulan Hamas, merupakan sebahagian daripada cubaan terdesak Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel, untuk mencetuskan peningkatan konflik di rantau Timur Tengah supaya dia dapat terus berkuasa.
Bangladesh: Protes tuntut pembaharuan kuota dizalimi
Protes yang diterajui oleh pelajar-pelajar dari universiti-universiti dan disertai oleh masyarakat umum di Bangladesh ini bukan sahaja membantah sistem kuota dalam pengambilan kerja kerajaan yang dianggap mewujudkan nepotisme, malah juga menyatakan ketidakpuasan hati rakyat terhadap penindasan zalim oleh kerajaan terhadap rakyat yang berprotes dan kegagalan kerajaan dalam menangani masalah ekonomi di negara itu.
