Dianggarkan lebih kurang 200 juta orang pekerja industri, petani dan pekerja pertanian mengambil bahagian dalam aksi mogok umum selama 2 hari pada 28-29 Mac 2022, untuk melawan dasar Kerajaan India pimpinan Narendra Modi yang anti-pekerja, anti-petani dan anti-rakyat.
2 orang ditembak mati kerana bantah pemecahan wilayah Papua
2 orang demonstran ditembak mati dan beberapa orang lagi cedera di Yahukimo apabila pihak berkuasa Indonesia menggunakan kekerasan untuk menyuraikan protes rakyat yang membantah rancangan memecahkan wilayah Papua Barat dengan lebih lanjut lagi.
PSM protes depan Kedutaan Rusia: Bantah perang di Ukraine
Aktivis-aktivis PSM berprotes di hadapan Kedutaan Rusia di Kuala Lumpur untuk menyuarakan bantahan terhadap tindakan kerajaan Rusia yang melancarkan serangan ketenteraan ke atas Ukraine baru-baru ini.
Laporan IPCC: Krisis iklim ancam kesejahteraan manusia dan kesihatan planet kita
Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Iklim (IPCC) menerbitkan laporan terbarunya dengan amaran yang disifatkan oleh sesetengah ahli sains sebagai “paling suram setakat ini” mengenai kerosakan iklim.
Tolak perang di Ukraine
PSM mengecam pencerobohan tentera Rusia ke atas Ukraine.
Rusia serang Ukraine: Persaingan kuasa imperialis memuncak di Eropah Timur
Konflik di Eropah Timur hanya boleh diselesaikan melalui rundingan bersama yang berasaskan semangat saling hormat-menghormati, bukannya melalui ancaman serang-menyerang menggunakan keganasan perang. Oleh itu, kita harus menolak perang di Ukraine. Kita harus membantah serangan tentera Rusia ke atas Ukraine. Kita harus membantah campurtangan kuasa imperialis AS yang memburukkan lagi konflik serantau. Rakyat Ukraine berhak menikmati hak kebebasan mereka untuk menentukan nasib sendiri, begitu juga dengan rakyat di wilayah Donbas.
Penghasut perang No. 1 nak cari gaduh dengan Rusia di Eropah Timur
Krisis di Ukraine pada masa kini berpunca daripada kegagalan kuasa imperialis Amerika Syarikat dalam berpegang pada janjinya kepada Mikhail Gorbachev pada awal tahun 1990-an bahawa NATO tidak akan bergerak satu inci pun ke timur.
Kekayaan 10 orang terkaya berlipat ganda semasa pandemik tetapi pendapatan 99% rakyat dunia merosot
10 orang lelaki terkaya di dunia telah melipatgandakan kekayaan mereka dalam tempoh masa dua tahun penularan pandemik, sedangkan pendapatan 99% rakyat sedunia telah merosot. Sekurang-kurangnya 21,000 orang mati setiap hari, atau seorang setiap 4 saat, akibat daripada ketidaksamarataan yang wujud di dunia.
Turki: Keadaan kesihatan tahanan politik yang membimbangkan dan penjara yang meragut nyawa
Penjara Turki telah menjadi pusat kepada layanan buruk dan penyeksaan. Keadaan tahanan politik yang mengalami masalah kesihatan amat dibimbangi.
Sudan: Abdalla Hamdok letak jawatan, protes jalanan berterusan
Walaupun Abdalla Hamdok meletak jawatan sebagai Presiden Sudan selepas sebulan setengah dipulihkan jawatan, tetapi protes jalanan masih berterusan dengan tuntutan untuk transisi demokratik yang sebenar.