(Galeri gambar) Sambutan Hari Pekerja 1 Mei 2025 di seluruh dunia
1 Mei setiap tahun ialah hari keramat bagi gerakan perjuangan kelas pekerja di seluruh dunia. Golongan pekerja dan rakyat biasa menyambut Hari Pekerja Antarabangsa pada 1 Mei, bukan sahaja untuk memperingati perjuangan pekerja dahulu yang telah memenangkan segala hak pekerja yang kita nikmati hari ini, malah juga terus untuk menegakkan inspirasi perjuangan pembebasan kelas pekerja daripada segala bentuk eksploitasi dan penindasan.
Berikut ialah sepintas lalu aksi sambutan Hari Pekerja Sedunia tahun ini di merata tempat di seluruh dunia: