Cadangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menjalankan projek penambakan laut di bahagian selatan Pulau Pinang yang bakal mewujudkan 3 buah pulau buatan manusia telah dibantah oleh masyarakat sivil dengan kebimbangan bahawa ia akan mendatangkan kesan yang buruk kepada kehidupan penduduk setempat dan alam sekitar. Projek penambakan laut di selatan Pulau Pinang melibatkan tebusguna kawasan laut … Continue reading Pulau Pinang: Tambak Laut untuk siapa?
Anak muda “ponteng sekolah” dalam Mogok Iklim Sedunia kedua
Kanak-kanak dan anak muda di seluruh dunia sekali lagi “ponteng sekolah” pada satu hari Jumaat yang sama untuk memprotes terhadap krisis iklim sedunia yang semakin meruncing. Pada 24 Mei 2019, mogok pelajar berlangsung di lebih 1,400 buah bandar di lebih 110 buah negara, dengan sekurang-kurangnya 1.4 juta orang mengambil bahagian dalam aksi untuk keadilan iklim … Continue reading Anak muda “ponteng sekolah” dalam Mogok Iklim Sedunia kedua
RUU Benih untuk kepentingan korporat atau petani?
oleh Sharan Raj PSM difahamkan bahawa Kementerian Pertanian dan Industri Tani dalam proses menggubal satu rang undang-undang (RUU) baru untuk mengawal dan menangani pengedaran haram benih. PSM risau bahawa RUU Benih tersebut akan mendatangkan implikasi negatif kepada petani tempatan. PSM khuatir bahawa Rang Undang-undang benih ini akan membuka ruang kepada syarikat-syarikat komersial pertanian (agri-bisnes) untuk … Continue reading RUU Benih untuk kepentingan korporat atau petani?
Hentikan retorik politik, isytihar darurat perubahan iklim
Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyeru pada Kerajaan Malaysia supaya memandang serius tentang isu perubahan iklim dan mengambil tindakan yang sewajarnya dengan segera sebelum terlambat. “Pada tahun 2015, pelepasan bersih gas rumah hijau Malaysia mencecah 50,479,060 tan, sementara kita berpura-pura untuk berselindung di sebalik status kita sebagai negara sedang membangun. Walaupun Malaysia telah berjanji pada Persidangan … Continue reading Hentikan retorik politik, isytihar darurat perubahan iklim
Kapitalisme ancaman hebat kepada Bumi
Kapitalisme ialah sistem sosio-ekonomi yang melibatkan pengeluaran komoditi (barangan yang dihasilkan untuk dijual) secara besar-besaran untuk memaksimumkan keuntungan pemodal (kapitalis). Sistem ekonomi kapitalis memang mendatangkan pembangunan kebendaan yang hebat kepada masyarakat manusia, dengan kekayaan masyarakat yang dicipta hari ini sudah jauh lebih banyak berbanding masyarakat pra-kapitalis, namun ia juga mengundang pelbagai masalah serius kepada masyarakat … Continue reading Kapitalisme ancaman hebat kepada Bumi
Hari Bumi 2019: Selamatkan spesies hidupan Bumi daripada kepupusan
“Dalam alam semulajadi, tiada apa benda yang wujud secara bersendirian.” — Rachel Carson, 1962 22 April setiap tahun ialah Hari Bumi, satu hari yang amat bermakna untuk mengingatkan rakyat sedunia tentang tanggungjawab kita dalam melindungi satu-satunya planet Bumi yang kita duduki daripada kehancuran pencemaran alam. Asal usul sambutan Hari Bumi Sambutan Hari Bumi berkaitan dengan … Continue reading Hari Bumi 2019: Selamatkan spesies hidupan Bumi daripada kepupusan
Perlu kaji mendalam tentang ECRL
Parti Sosialis Malaysia (PSM) menegaskan bahawa perlu kajian yang lebih mendalam tentang ECRL untuk mengurangkan kesan terhadap alam sekitar. PSM mengalu-alukan usaha kerajaan dalam meningkatkan pengangkutan awam dengan memulihkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang menghubungkan Pantai Timur dengan Pantai Barat Semenanjung Malaysia. “Mengelakkan daripada pembinaan terowong menembusi Rabung Kuarza Genting Klang adalah satu … Continue reading Perlu kaji mendalam tentang ECRL
(Galeri gambar) Aksi Mogok Iklim Sedunia – 15 Mac 2019
Lebih 1 juta orang pelajar sekolah telah menyertai aksi Mogok Iklim Sedunia untuk Masa Depan yang diadakan pada 15 Mac 2019, dengan melibatkan lebih 2000 aksi protes di 125 buah negara. Mereka yang berprotes menuntut pada kerajaan di seluruh dunia supaya mengambil tindakan segera supaya menangani krisis iklim sedunia sebelum terlambat. Berikut adalah koleksi gambar-gambar … Continue reading (Galeri gambar) Aksi Mogok Iklim Sedunia – 15 Mac 2019
Mogok Iklim Sedunia untuk Masa Depan: Gelombang kebangkitan anak muda untuk selamatkan bumi kita
15 Mac 2019 menandakan hari yang bersejarah dalam perjuangan rakyat sedunia untuk menegakkan keadilan iklim dan menyelamatkan bumi kita daripada kemusnahan. Lebih 1 juta orang pelajar sekolah telah “ponteng sekolah” pada 15 Mac 2019 untuk menyertai aksi mogok pelajar yang menuntut pada kerajaan di seluruh dunia supaya bertindak segera dalam menangani krisis iklim sedunia. Lebih … Continue reading Mogok Iklim Sedunia untuk Masa Depan: Gelombang kebangkitan anak muda untuk selamatkan bumi kita
Bertindak sekarang sebelum terlambat untuk tangani krisis iklim
Perubahan iklim global akibat daripada aktiviti masyarakat manusia yang membebaskan karbon ke atmosfera sedang mengancam kehidupan masyarakat sedunia. Glasier semakin merosot, ais laut semakin hilang, paras laut semakin meningkat, lautan semakin panas, cuaca semakin tidak menentu, flora dan fauna di merata tempat terkesan dengan pemanasan global. Penduduk dunia juga semakin kerap menghadapi bencana alam yang … Continue reading Bertindak sekarang sebelum terlambat untuk tangani krisis iklim
