Urusniaga syarikat perkhidmatan kawalan keselamatan di premis kerajaan ini bukannya sejenis perniagaan yang hasil pendapatannya akan dipengaruhi oleh faktor turun naik pasaran dalam ekonomi. Ia akan tetap menerima bayaran daripada kerajaan tanpa mengira keadaan ekonomi di luar, selagi kerajaan menyalurkan dana kepadanya. Oleh itu, adalah tidak masuk akal untuk syarikat ini lewat dalam membayar gaji kepada pekerja-pekerjanya kecuali kelambatan pembayaran daripada pihak Kementerian Pendidikan.
Korea Selatan: Mogok umum tuntut perlindungan hak pekerja dan penglibatan pekerja dalam proses penstrukturan semula ekonomi
Pekerja-pekerja Korea Selatan beraksi untuk membantah serangan terhadap kesatuan sekerja dan menuntut perlindungan hak pekerja.
Pengadu yang simpati tarik balik kes, bila pula Peguam Negara nak bersimpati?
Vally, seorang mangsa kes penipuan, bebas daripada pertuduhan di mahkamah setelah pengadu yang bersimpati dengannya menarik balik kes, tetapi dia ada satu lagi kes di mahkamah. Bilakah Peguam Negara akan bersimpati dengan mangsa penipuan ini dan mencari penjenayah yang sebenar?
Eswatini: Perjuangan demokrasi berterusan di negara raja mutlak terakhir di Afrika berterusan
Negara beraja mutlak yang terakhir di benua Afrika, Eswatini (juga dikenali sebagai Swaziland sebelum ini), sedang dilanda gelombang protes memperjuangkan demokrasi yang paling hebat dalam sejarahnya. Walaupun pihak berkuasa cuba menggunakan keganasan untuk mematahkan kebangkitan rakyat Eswatini, tetapi protes menuntut pembaharuan demokratik dan penamatan pemerintahan raja mutlak tetap diteruskan di negara dikeliling daratan yang terletak di Selatan Afrika itu.
Memperkasakan perlindungan untuk pekerja ekonomi gig
Pekerja ekonomi gig harus diberi perlindungan sosial dan hak kerja yang sama seperti pekerja formal.
Itali: Kesatuan pekerja kecam serangan fasis
Puluhan ribu orang berdemonstrasi di pusat bandar Rom, Itali, pada 16 Oktober 2021, untuk bersolidariti dengan kesatuan sekerja di negara itu yang diserang oleh golongan fasis yang anti-vaksin.
Pengawal keselamatan sekolah Perlis tidak dibayar gaji 2 bulan
38 orang pengawal keselamatan yang bertugas di premis Kementerian Pendidikan di Perlis hanya menerima bayaran gaji satu bulan dalam tempoh tiga bulan yang lalu.
Petani Mambang Diawan menang kes mahkamah dan elak daripada pengusiran paksa
11 orang petani di Mambang Diawan yang menghadapi ancaman pengusiran daripada sebuah syarikat pemaju swasta dapat berasa lega selepas keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh pada 5 Oktober 2021 yang berpihak kepada mereka. Mahkamah Tinggi Ipoh telah menolak permohonan Delscon untuk mengusir petani-petani Mambang Diawan keluar dari tanah yang diusahakan mereka melalui prosing terus.
Konsert atas talian pertahankan kebebasan, keterangkuman dan suara golongan terpinggir – Catatan Malam Marhaen
Malam Marhaen, sebuah konsert atas talian, memastikan bahawa barisan artis adalah inklusif dan mencerminkan demografik Malaysia dengan kepelbagaian masyarakat.
Rakyat marhaen mahukan kehidupan yang lebih baik – Catatan Forum Akar Umbi “Pandemik, Kemiskinan, Perjuangan”
Kehidupan rakyat marhaen telah bertambah susah kerana pandemik COVID-19, tetapi semangat untuk memperjuangkan tuntutan rakyat demi perubahan yang lebih baik bagi semua masih kuat dalam kalangan masyarakat akar umbi. Wakil daripada pelbagai sektor telah menyuarakan tuntutan rakyat marhaen dalam sesi forum kemuncak Himpunan Marhaen 2021.
