Resolusi yang diluluskan dalam Kongres Nasional Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ke-24 yang diadakan di Klang pada 15-17 Julai 2022.
PSM pikul tanggungjawab bersejarah untuk bangunkan politik progresif di tanah air: PSM bersidang untuk Kongres Nasional ke-24
Kongres Nasional Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ke-24 diadakan di Klang pada 15-17 Julai 2022.
Ucapan Timbalan Pengerusi PSM sempena Kongres PSM ke-24
Ucapan oleh S.Arutchelvan yang disampaikan pada 15 Julai 2022 semasa sesi pembukaan Kongres PSM yang ke-24 di Klang.
Ucapan Dasar Pengerusi Nasional Parti Sosialis Malaysia (PSM) untuk Kongres Nasional ke-24
oleh Dr. Jeyakumar Devaraj Salam perjuangan dan selamat datang ke Kongres PSM ke-24. Sudah 2 tahun kita tidak dapat berkongres secara bersemuka. Perbincangan atas talian tidak menjana semangat yang wujud berbanding apabila kita dapat berjumpa, berjabat tangan, minum bersama dan bertukar fikiran face-to-face. Kita sedang bermesyuarat dalam satu masa yang amat mencabar untuk rakyat biasa. … Continue reading Ucapan Dasar Pengerusi Nasional Parti Sosialis Malaysia (PSM) untuk Kongres Nasional ke-24
Dilema Malaysia menjelang PRU-15
Perubahan parti politik tanpa perubahan sistem hanya sekadar mengitar semula masalah-masalah dan penyakit lama.
Pekerja Ladang Elmina akhirnya tandatangani perjanjian jual beli rumah sendiri
Pekerja-pekerja Ladang Elmina di Sungai Buloh, Selangor, akhirnya menandatangani perjanjian jual beli bagi perumahan mereka. Rumah yang bakal diperolehi mereka ini sungguh istimewa, iaitu Rumah Selangorku Jenis C, Pangsapuri Harmoni Elmina yang sedang dibina di lokasi yang sama dengan tempat yang mereka telah tinggal dan membanting tulang selama 3 generasi sebagai pekerja Ladang Elmina.
Bekas pekerja Ladang Denudin dapat salinan geran tanah perumahan
Bekas pekerja Ladang Denudin mendapat salinan geran tanah untuk perumahan mereka di Taman Batu Tiga, Semenyih, iaitu kurang 1 km dari penempatan mereka yang asal.
Turki: HDP bertekad terus perjuangkan alternatif demokratik
Walaupun menghadapi serangan bertubi-tubi daripada rejim pemerintahan Recep Tayyip Erdoğan di Turki yang semakin autoritarian, Parti Demokratik Rakyat (HDP) tetap berpendirian teguh dalam memperjuangkan agenda politik alternatif yang progresif dan dasar “penyelesaian kepada masalah-masalah asas Turki”. Keazaman HDP ini jelas ditunjukkan dalam kongresnya yang berjaya diadakan baru-baru ini.
Syor PSM mengenai bagaimana pelihara sistem kesihatan negara
Belanjawan perkhidmatan kesihatan awam harus dibiayai oleh cukai terhadap golongan yang terkaya dan syarikat-syarikat besar.
Perumahan bukan komoditi – Keluarkannya daripada impak pasaran
Kerajaan harus mengambil alih tanggungjawab menyediakan rumah pertama untuk rakyat daripada pihak swasta.
