Resolusi Kongres Nasional Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ke-24

17 Julai 2022, Klang, Selangor

1. Kawal harga barangan asas, di samping memberi bantuan kepada pengeluar-pengeluar makanan (seperti petani, pesawah, penternak dan nelayan) untuk mengekalkan rezeki mereka.

2. Pastikan gaji minimum RM1,500 sebulan benar-benar dilaksanakan untuk semua pekerja.

3. Hapuskan sistem kontrak bagi pekerja-pekerja yang bekerja dalam sektor kerajaan dan sektor swasta.

4. Laksanakan skim pencen warga emas sejagat.

5. Pandang serius terhadap krisis iklim dan isytihar Darurat Iklim dengan segera.

6. Tingkatkan kualiti pendidikan awam yang percuma dan tambahkan institusi pendidikan awam sementara kawal perluasan institusi pendidikan swasta.

7. Wujudkan pendanaan awam untuk semua parti politik, dan dengan itu menyekat pendanaan korporat kepada parti politik.

8. Turunkan gaji Menteri-menteri Kabinet dan hadkan gaji maksimum untuk semua Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

9. Ahli-ahli politik ditegah daripada dilantik ke dalam badan sukan dan kebudayaan.

10. Kawal harga rumah dan bina lebih banyak rumah murah yang selesa untuk rakyat berpendapatan rendah.

11. Laksanakan segera Akta Anti-Lompat Parti.

12. Lindungi semua kawasan pengeluaran makanan dengan mengekalkan semua tanah yang sedang diusahakan oleh petani-petani kecil dan menghentikan pengusiran paksa terhadap petani-petani kecil, khususnya pada masa sekarang untuk mengatasi krisis makanan dan memperkukuhkan jaminan makanan.

13. Salurkan subsidi kepada semua Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA).

14. Gubal sebuah Akta Anti-Diskriminasi terhadap kaum, gender, dan orientasi seksual, identiti dan ekspresi gender (SOGIE).

15. Hentikan perlombongan mineral nadir bumi di negeri Perak yang bakal dilaksanakan di Hutan Simpanan dan Sensitif Alam Sekitar.

16. Kerajaan harus memperkenalkan subjek pelajaran menjaga kesihatan mental di semua sekolah.

17. Tubuhkan kesatuan pelajar (student union) di semua sekolah menengah untuk mempromosikan amalan demokrasi kepada para pelajar.

18. Mansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 dengan sepenuhnya.

One thought on “Resolusi Kongres Nasional Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ke-24

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *