rise-sanfrancisco.jpg
San Francisco, California, Amerika Syarikat

Pada 8 September 2018, ratusan ribu orang telah berhimpun dan beraksi di bandar-bandar di lebih 90 buah negara, dengan tuntutan pada kerajaan di seluruh dunia supaya mengambil tindakan secara serius untuk menangani masalah perubahan iklim.

Aksi demonstrasi yang digelar “Bangkit untuk Iklim”(Rise for Climate) ini bertujuan untuk menyuarakan bantahan terhadap ahli-ahli politik dan pemimpin-pemimpin kerajaan yang gagal mengatasi krsis alam sekitar sedunia. Mereka yang berprotes kecewa dengan kekurangan tindakan politik yang berguna dalam menghalang krisis iklim yang semakin terjadi-jadi.

Di San Francisco, protes berlangsung bersempena dengan satu persidangan perubahan iklim yang akan diadakan di bandar itu dengan menghimpunkan datuk-datuk bandar dan elit perniagaan dari seluruh dunia. Lebih kurang 30,000 orang berarak di jalan San Francisco, dengan tuntutan pada Gabenor Negeri California Jerry Brown supaya menghentikan pengsktrakan bahan api fosil di California. Para demonstran juga membantah dasar Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang regresif di mana kerajaan Trump cuba membuang peraturan yang mengurangkan pembebasan gas rumah hijau dan membenarkan pengerudian untuk bahan api fosil di kawasan yang luas.

Rise-for-Climate-paris
Paris, Perancis

Protes juga berlangsung di bandar-bandar seperti New York, , Paris, Copenhagen, Kathmandu, Lagos, Lisbon, Berlin, Bogota, Sdyney dan sebagainya.

Perubahan iklim yang disebabkan oleh aktiviti pembakaran bahan api fosil yang membebaskan gas rumah hijau sedang mengancam masyarakat manusia di seluruh dunia. Perubahan iklim yang drastik telah mendatangkan kesan yang mendalam kepada rakyat di seluruh dunia. Kesan perubahan iklim yang dialami sedunia pada tahun 2018 terbukti semakin serius. Dari gelombang panas yang mendatangkan bencara dan kemarau yang dahsyat, ke kebakaran hutan yang berbahaya dan ribut yang amat kencang, dunia kita sedang berada di ambang kemusnahan alam jika tiadanya tindakan segera untuk menyelesaikan krisis iklim.

Semakin ramai rakyat mulai menjauhkan diri daripada penggunaan bahan api fosil, dan tiba masanya untuk pemimpin kerajaan juga berbuat demikian dengan melakukan perubahan dasar secara berkesan. Kita memang kesuntukan masa. Pemimpin politik di seluruh dunia perlu menunjukkan kepimpinan mereka yang sebenar dalam menangani krisis yang memberi kesan kepada seluruh umat manusia. Cara untuk menunjukkan kepimpinan iklim sebenarnya mudah, iaitu jangan gali keluar lagi bahan api fosil dari tanah, dan berkomited kepada 100% tenaga boleh diperbaharui.

Perubahan iklim, ketidaksamarataan ekonomi, krisis perumahan rakyat dan krisis migrasi yang menimbulkan xenofobia yang merebak luas, merupakan hasil produk sistem ekonomi kapitalis yang mengutamakan keuntungan korporat dengan mengorbankan kelestarian bumi kita dan menurunkan nilai hidup rakyat bawahan. Kita perlu bangkit menentang industri yang menghancurkan alam sekitar dan kehidupan rakyat, seperti syarikat pengeluar minyak yang besar, demi membina sebuah masyarakat yang benar-benar mampan, sihat dan adil.

rise-copenhagen
Copenhagen, Denmark
Rise-for-Climate-3-quuezon city
Bandar Quezon, Filipina
Rise-for-Climate-19wellington
Wellington, New Zealand

 

Rise-for-Climate-cork ireland
Cork, Ireland
rise-tacoma.jpg
Tacoma, Washington, Amerika Syarikat
rise-lille
Lille, Perancis

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *