Indonesia: Persidangan rakyat bantah IMF-Bank Dunia dihalang polis

Persidangan Global Rakyat Menentang IMF-Bank Dunia (Peoples’ Global Conference Against the IMF-World Bank) yang dijadualkan untuk diadakan pada 11 Oktober 2018 di Auditorium Radio Republik Indonesia di Denpasar, Bali, Indonesia, telah diganggu oleh polis Indonesia. Persidangan rakyat yang dianjurkan oleh Gerakan Rakyat Menentang IMF-WB, yang terdiri daripada badan-badan bukan kerajaaan dan organisasi masyarakat Indonesia, dengan … Continue reading Indonesia: Persidangan rakyat bantah IMF-Bank Dunia dihalang polis

Rumah mampu milik – antara hak rakyat dan keuntungan pemaju

  oleh Karthiges Rajamanickam Merujuk kepada laporan akhbar The Star dan The Sun Daily bertarikh 9 Oktober 2018, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa Kerajaan Persekutuan sedang mengusahakan projek perumahan mampu milik dan mampu sewa, tetapi bergantung kepada Kerajaan Negeri sama ada mahu memberi tanah untuk projek tersebut atau … Continue reading Rumah mampu milik – antara hak rakyat dan keuntungan pemaju

UBI: Impian utopia atau perangkap neraka?

Pernahkah anda dengar tentang UBI? UBI yang dimaksudkan di sini bukannya ubi kentang, ubi kayu atau ubi keledek yang kita makan, tetapi singkatan Bahasa Inggeris kepada sejenis perlindungan sosial yang dikenali sebagai “Pendapatan Asas Universal” (Universal Basic Income), ataupun “Pendapatan Asas Tanpa Syarat” (Unconditional Basic Income). Di bawah sistem “Pendapatan Asas Universal” (UBI), setiap orang … Continue reading UBI: Impian utopia atau perangkap neraka?

Tibanya masa untuk “cakap biar serupa bikin ” – iktiraf pelarian sekarang juga

Mengulas tentang ucapan yang disampaikan oleh Perdana Menteri Mahathir Mohamad di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada 28 September 2018, Dr. Jeyakumar Devaraj, Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM) , walaupun menyambut baik dan mengucapkan tahniah pada ucapan Mahathir yang membawa pendirian jelas kepada pentas dunia (seperti kritikan terhadap kegagalan kuasa Barat membendung … Continue reading Tibanya masa untuk “cakap biar serupa bikin ” – iktiraf pelarian sekarang juga

Jom bantah RM 1050! Kaji semula gaji minimum!

Pengumuman oleh Perdana Menteri Mahathir Mohamad tentang kenaikan gaji minimum hanya RM 50 untuk pekerja di Semenanjung Malaysia dan RM 130 untuk Sabah dan Sarawak, merupakan satu penghinaan terhadap pekerja yang telah membanting tulang dalam membangunkan ekonomi negara kita. Kenaikan gaji minimum hanya RM 50 itu bagaikan sedekah kepada pekerja, dan langsung tidak mengiktiraf pengorbanan … Continue reading Jom bantah RM 1050! Kaji semula gaji minimum!

Melawan satu empayar – kes Subramaniam lawan Kedutaan AS akhirnya dirujuk ke JPP selepas 10 tahun

oleh S. Arutchelvan Pada pagi 28 September 2018, saya tidak dibenarkan untuk masuk ke mesyuarat runding damai yang dijalankan oleh Jabatan Perhubungan Perusaahaan (JPP) dalam kes antara seorang bekas pekerja di Kedutaan Amerika Syarikat (AS) dan Kedutaan AS itu sendiri. Saya diberitahu oleh pegawai JPP bahawa Kedutaan AS telah membantah kehadiran saya. Saya terkejut kerana … Continue reading Melawan satu empayar – kes Subramaniam lawan Kedutaan AS akhirnya dirujuk ke JPP selepas 10 tahun

Tingkatkan umur persaraan demi dapatkan wang simpanan yang cukup untuk bersara?

Menurut laporan akhbar The Sunday Daily pada 3 Oktober 2018, dengan tajuk “Government mulls reviewing retirement age” (Kerajaan pertimbangkan untuk mengkaji semula umur persaraan), Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran berkata bahawa kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mengkaji semula umur persaraan 60 tahun pada masa kini, kerana terdapat ramai persara tidak mempunyai simpanan yang mencukupi untuk … Continue reading Tingkatkan umur persaraan demi dapatkan wang simpanan yang cukup untuk bersara?

Brazil: Aktivis wanita berarak menentang calon ekstremis kanan

oleh Hadri A Rahman Ketibaan Jair Bolsonaro, calon untuk Presiden Brazil dari Parti Sosial Liberal, di Rio de Janeiro pada 29 September 2018, telah menerima tentangan hebat daripada penunjuk perasaan yang diketuai oleh kaum wanita dari semua 27 negeri di seluruh Brazil menjelang pilihanraya yang akan diadakan pada 7 Oktober kelak. Jair Bolsonaro, seorang ahli … Continue reading Brazil: Aktivis wanita berarak menentang calon ekstremis kanan

Hantu Sudah Hilang, Jembalang Pula Tiba!

sebuah cerpen oleh Iskandar Zulfaqar Rakyat bersorak gembira sambil melaungkan kalimat-kalimat kebangkitan sebaik mendengar pengumuman pemimpin itu yang menyatakan bahawa suatu sistem cukai yang mirip hantu kerana menekan hidup rakyat telah dimansuhkan secara rasminya. Suasana di seluruh ibu kota bertukar wajah sepenuhnya. Malam yang kebiasaannya berhiaskan zulmat gelita bertukar ceria dengan muntahan cahaya daripada lampu-lampu … Continue reading Hantu Sudah Hilang, Jembalang Pula Tiba!