PSM muncul di penamaan calon PRK Port Dickson, bukan untuk bertanding…

PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN – 29 SEPTEMBER 2018: Hari ini adalah hari penamaan calon untuk Pilihanraya Kecil (PRK) Port Dickson. Mungkin ada orang akan sangka bahawa PSM turut bertanding dalam PRK ini apabila melihat bendera Parti Sosialis Malaysia (PSM) berkibar di depan pusat penamaan calon untuk PRK Port Dickson. Namun, ahli-ahli PSM bersama dengan aktivis … Continue reading PSM muncul di penamaan calon PRK Port Dickson, bukan untuk bertanding…

Ireland: Aktivis duduki rumah kosong, tuntut selesai masalah perumahan

oleh Hadri A Rahman Masalah perumahan di Republik Ireland adalah masalah yang kian meruncing. Dianggarkan pada bulan Mac 2018 sahaja, ada seramai 10,000 golongan gelandangan di seluruh negara tersebut, termasuklah 3,755 orang kanak-kanak. Malahan, menurut maklumat yang diperolehi daripada Dublin Region Homeless Executive (DRHE), pada bulan Jun 2018, sebanyak 800 keluarga tinggal di hotel dan … Continue reading Ireland: Aktivis duduki rumah kosong, tuntut selesai masalah perumahan

Penduduk Kampung Padang Jawa diancam pengusiran paksa

SHAH ALAM, SELANGOR: Penduduk-penduduk yang menghuni di Lot 626 dan 1416 Kampung Padang Jawa telah mengadakan satu himpunan solidariti di kampung tersebut pada 23 September 2018 untuk menyuarakan bantahan mereka terhadap ancaman pengusiran paksa daripada pemaju. Turut bersama dengan penduduk semasa sidang akhbar himpunan solidariti kelmarin ialah wakil daripada kumpulan masyarakat dan aktivis Parti Sosialis … Continue reading Penduduk Kampung Padang Jawa diancam pengusiran paksa

Penduduk Green Cow lawan pengusiran paksa

CAMERON HIGHLANDS, PAHANG: 2 buah rumah penduduk di Green Cow, Kea Farm, Cameron Highlands, diancam dengan perobohan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands (PDTCH) dalam satu operasi pengusiran paksa yang berlaku pada 20 September 2018. Pihak PDTCH dan polis telah bertindak menggunakan kekerasan semasa perobohan rumah penduduk di situ, dan sebahagian rumah penduduk telah … Continue reading Penduduk Green Cow lawan pengusiran paksa

Majikan guna taktik kotor halang pengiktirafan kesatuan pekerja hospital

Kesatuan Pekerja Perkhidmatan Sokongan di hospital kerajaan hadapi ancaman pemecahan kesatuan Kesatuan Pekerja-Pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan Di Hospital-Hospital Kerajaan Semenanjung Malaysia, sedang menghadapi ancaman daripada pihak majikan yang cuba menghalang usaha mendapatkan pengiktirafan kesatuan sekerja. Pihak majikan utama dan majikan langsung untuk pekerja-pekerja yang menganggotai kesatuan tersebut menggunakan pelbagai taktik kotor dalam cubaan memecahkan kesatuan … Continue reading Majikan guna taktik kotor halang pengiktirafan kesatuan pekerja hospital

Menteri Wilayah Persekutuan akan teliti isu perumahan bekas pekerja Ladang Bukit Jalil

KUALA LUMPUR – 20 SEPTEMBER 2018: Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad telah bersetuju untuk meneliti isu perumahan bekas pekerja Ladang Bukit Jalil, berikutan satu perjumpaan dengan wakil penduduk Bukit Jalil bersama dengan Parti Sosialis Malaysia (PSM) pada hari semalam, 19 September 2018. Jawatankuasa Bekas Pekerja Ladang Bukit Jalil mengadakan satu sidang akhbar pada hari ini … Continue reading Menteri Wilayah Persekutuan akan teliti isu perumahan bekas pekerja Ladang Bukit Jalil

Majlis Kutipan Dana Perjuangan PSM Nasional 2018

20 Tahun: Bina Kuasa Rakyat Berasal daripada tiga buah pertubuhan akar umbi, iaitu Suara Warga Pertiwi (SWP), Alaigal dan Community Development Centre (CDC), Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditubuhkan pada tahun 1998 demi menegakkan keadilan sosial dan kesamarataan untuk semua di Malaysia . Perjuangan ini masih belum selesai selagi adanya penindasan berlaku. Kita bertanggungjawab untuk meneruskan … Continue reading Majlis Kutipan Dana Perjuangan PSM Nasional 2018

Penduduk Rumah Pangsa 18 tingkat hidup sebulan tanpa lif minta campurtangan segera kerajaan

PUTRAJAYA – 18 SEPTEMBER 2018: Penduduk-penduduk dari Pangsapuri Mutiara Fadason, Jinjang, Kuala Lumpur, telah hadir ke Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada hari ini untuk menyerahkan memorandum berkenaan dengan masalah lif rosak yang membelenggu penduduk di situ untuk hampir sebulan yang lalu. Penduduk-penduduk Blok C Pangsapuri Mutiara Fadason memohon bantuan kecemasan daripada pihak Kementerian untuk … Continue reading Penduduk Rumah Pangsa 18 tingkat hidup sebulan tanpa lif minta campurtangan segera kerajaan

Korea Selatan: Pekerja Ssangyong yang dibuang kerja diambil semula selepas 9 tahun

Syarikat pembuat kereta Korea Selatan SsangYong Motor Co. telah mencapai satu persetujuan dengan kesatuan pekerja pada 14 September 2018, untuk mengambil semula 119 orang pekerja yang diberhentikan kerja 9 tahun dahulu apabila syarikat tersebut melakukan penstrukturan semula. Ini merupakan satu kemenangan kepada perjuangan pekerja kilang kereta Ssangyong yang telah berlarutan untuk hampir satu dekad. Pada … Continue reading Korea Selatan: Pekerja Ssangyong yang dibuang kerja diambil semula selepas 9 tahun