Membeli sebuah rumah merupakan tanggungan kewangan yang besar bagi kebanyakan keluarga kelas pekerja. Sebahagian besar daripada pendapatan keluarga digunakan untuk membayar balik pinjaman. Jika kita mengandaikan bahawa secara puratanya, suami Puan K memperoleh pendapatan sebanyak 2.4 kali ganda gaji minimum, maka jumlah pendapatannya dari tahun 2007 hingga kematiannya pada 2023 dianggarkan kira-kira RM538,560. RM105,000 bersamaan dengan 19.5% daripada jumlah pendapatan itu. Bukankah pihak bank patut menghargai pengorbanan dan komitmen sedemikian, serta berusaha sedaya upaya untuk mengelakkan perampasan harta pembeli rumah yang telah bersusah payah — dengan keringat dan air mata — demi memenuhi kewajipan pembayaran balik pinjaman mereka?
Kes “buruk siku” di kawasan parlimen Perdana Menteri
Pihak berkuasa harus sedar dan memahami bahawa usaha membina sebuah negara yang bersatu memerlukan lebih daripada sekadar kenyataan yang sedap didengar semasa sambutan Hari Kemerdekaan.
Kebocoran bangunan baharu Hospital Seberang Jaya: Jangan salahkan hujan
Sekiranya punca kejadian adalah disebabkan hujan terlalu lebat, kenapa tiada laporan tentang rumah atau bangunan tinggi lain di kawasan yang sama juga bocor pada masa yang sama?
Laman web Bank Rakyat digodam: Kerajaan perlu segera tampal semua lubang keselamatan laman web rasmi, lindungi data peribadi rakyat
Kerajaan harus memandang serius kelemahan teruk dalam barisan pertahanan keselamatan siber negara, serta segera menjalankan pemeriksaan menyeluruh dan membaik pulih semua kelemahan pada laman sesawang rasmi bagi mengelakkan data peribadi rakyat daripada terus menjadi barang jualan penggodam.
Banjir Selangor: Peruntukan berbilion ringgit, namun adakah rakyat benar-benar dilindungi?
Walaupun hujan lebat merupakan cabaran semula jadi, kita perlu mempersoalkan sama ada langkah mitigasi banjir, infrastruktur saliran dan dasar perancangan bandar kita mampu mengikuti kadar pembangunan pesat di Selangor.
Pekerja pelabuhan mogok untuk tolak perang
Pekerja-pekerja pelabuhan di 113 buah pelabuhan di 22 buah negara telah mengadakan satu aksi mogok yang bersejarah untuk menentang mesin peperangan imperialis.
Penduduk Tanjong Bungah tuntut taman awam semula jadi, tapi Zairil takut jumpa penduduk kawasannya?
Penduduk-penduduk Tanjong Bungah menggesa Kerajaan Negeri Pulau Pinang supaya menghentikan pembangunan komersial di kawasan Sore Thumb dan menerima cadangan penduduk tempatan untuk sebuah taman awam semula jadi di situ.
Adakah Kerajaan Negeri Perak kenakan cukai tanah ke atas semua klinik dan hospital awam? Desakan rektifikasi amalan kutipan demi kesihatan rakyat
Satu persoalan mendasar dalam dasar pentadbiran tanah di negeri Perak hari ini adalah kewajaran mengenakan cukai tanah berkuantiti penuh ke atas premis kesihatan awam milik Kerajaan Persekutuan. Sungguhpun amalan ini telah wujud sekian lama, ia bukanlah sesuatu yang tidak boleh direktifikasi atau diselaraskan semula mengikut keadaan dan keperluan semasa.
Peneroka asal Petaling Jaya protes kerana dinafikan hak untuk memiliki rumah gantian yang dijanjikan
15 buah keluarga peneroka asal PJS 1 Petaling Jaya yang tercicir daripada pemberimilikan rumah sendiri berprotes untuk mengetengahkan isu yang dihadapi mereka kepada perhatian Datuk Bandar Petaling Jaya yang baharu.
Tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Negeri untuk siasat tragedi tanah runtuh di Paya Terubong
Masyarakat sivil di Pulau Pinang menggesa Kerajaan Negeri Pulau Pinang supaya menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Negeri (SCI) dengan segera bagi menyiasat tragedi tanah runtuh di Paya Terubong baru-baru ini.
