oleh Hadri A Rahman Pada 20 Mei 2019, pekerja dari kesatuan pekerja Konfederasi Umum Buruh Itali (CGIL), dengan kerjasama parti politik “Kuasa Kepada Rakyat” (Potere al Popolo, PaP) dan kumpulan anti-fasis dan pasifis di pelabuhan Genoa telah melancarkan mogok membantah keputusan pihak berkuasa Itali yang memberi kebenaran kepada sebuah kapal kargo Arab Saudi, Bahri Yanbu, … Continue reading “Kami tidak akan bersubahat!”: Pekerja pelabuhan Itali mogok untuk halang penghantaran senjata ke Arab Saudi
Pilihanraya Indonesia: Jokowi kekal sebagai Presiden dengan undi yang lebih banyak
Joko Widodo, atau lebih dikenali sebagai Jokowi, berjaya mempertahankan jawatannya sebagai Presiden untuk Republik Indonesia setelah Komisi Pemilihan Umum (KPU) mengumumkan keputusan akhir Pilihanraya Presiden pada 21 Mei 2019, dengan Jokowi meraih undi yang lebih banyak berbanding pilihanraya sebelum ini pada tahun 2014. Pengundian untuk Pilihanraya Umum Indonesia telah berlangsung pada 17 April 2019. Pilihanraya … Continue reading Pilihanraya Indonesia: Jokowi kekal sebagai Presiden dengan undi yang lebih banyak
Kita semua adalah rasis?
oleh S. Arutchelvan Kenyataan Menteri Pendidikan Dr. Maszlee Malik mengenai kuota Matrikulasi mendapat kecaman hebat daripada pelbagai pihak terutamanya golongan Bukan Melayu dan mendapat sokongan pula daripada golongan Melayu secara amnya. Siapakah sebenarnya rasis? Saya beranggapan bahawa majoriti rakyat kita adalah rasis dan ia tertanam dalam sanubari kita setiap orang. Namun, isu Matrikulasi ini dipandang … Continue reading Kita semua adalah rasis?
AKAR UMBI – Buku terbitan PSM yang bawa 16 kisah perjuangan rakyat marhaen
oleh Wan Zamzaihidi Wan Zahid Buku Akar Umbi memaparkan sebahagian daripada kisah-kisah perjuangan rakyat yang ditunjangi oleh Parti Sosialis Malaysia (PSM) untuk melawan kapitalis. Enam belas kisah di dalam buku ini, menceritakan bagaimana getirnya golongan marhaen seperti pekerja ladang, peneroka bandar, pekerja kilang, pemandu dan berbagai golongan lagi yang bangkit berjuang untuk menuntut hak mereka … Continue reading AKAR UMBI – Buku terbitan PSM yang bawa 16 kisah perjuangan rakyat marhaen
Penghormatan untuk S. M. Mohamed Idris (1926-2019)
Tokoh aktivis sosial yang terkenal di Pulau Pinang, S. M. Mohamed Idris, meninggal dunia pada 17 Mei 2019, pada usia 93 tahun. Allahyarham S. M. Mohamed Idris merupakan seorang pemimpin masyarakat sivil yang mendedikasikan hidupnya kepada usaha untuk memperjuangkan keadilan sosial dan perlindungan alam sekitar. S. M. Mohamed Idris pernah menjadi Ahli Majlis Perbandaran Georgetown … Continue reading Penghormatan untuk S. M. Mohamed Idris (1926-2019)
Laluan masuk Kuil Ladang Bangi dibuka semula
KAJANG, SELANGOR – 17 MEI 2019: Hasil daripada desakan yang berterusan daripada penduduk Ladang Bangi dan pelbagai pihak, laluan masuk ke Kuil Hindu Ladang Bangi akhirnya dibuka oleh Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) untuk membolehkan akses penganut Sri Maha Karumariamman ke kuil tersebut. Laluan ke Kuil Ladang Bangi telah ditutup untuk lebih seminggu. Setelah banyak pihak … Continue reading Laluan masuk Kuil Ladang Bangi dibuka semula
Pekerja pembersihan bantah penganiayaan terhadap ahli kesatuan
IPOH, PERAK - 17 MEI 2019: Pekerja-pekerja pembersihan hospital kerajaan mengadakan satu aksi protes di hadapan pejabat Edgenta Mediserve di Ipoh pada hari ini, untuk membantah terhadap penganiayaan ahli kesatuan oleh pihak majikan. Laungan slogan "Hidup kesatuan!", "Hidup Pekerja!', "Henti! Henti! Henti Ugutan!", "Jangan! Jangan buli pekerja!" kedengaran di hadapan bangunan KWSP di mana terletaknya pejabat … Continue reading Pekerja pembersihan bantah penganiayaan terhadap ahli kesatuan
Pemaju Transloyal sekat laluan masuk ke Kuil Ladang Bangi
KAJANG, SELANGOR - 16 MEI 2019: Seramai 30 orang terdiri daripada pelbagai kaum telah berkumpul di Ibupejabat Polis Daerah Kajang hari ini untuk menyatakan solidariti kepada Persatuan Penganut Sri Maha Karumariamman, Ladang Bangi (PPSMK) yang hadir untuk membuat aduan polis terhadap pemaju Trans Loyal Development Sdn Bhd (TLD). Ini merupakan aduan kedua PPSMK terhadap TLD. Aduan … Continue reading Pemaju Transloyal sekat laluan masuk ke Kuil Ladang Bangi
Mengapa MPKj tidak bertindak? Mengapa pemaju begitu kebal?
oleh S. Arutchelvan Pada 8 Mei 2019, iaitu tiga hari setelah penganut Sri Maha Karumariamman, Ladang Bangi menyambut perayaan tahunan mereka, pemaju Trans Loyal Development Sdn. Bhd (TLD) secara tiba-tiba telah menutup jalan masuk ke kuil Hindu di situ. Cara mereka menutup jalan adalah amat zalim sekali, di mana mereka menutup terowong untuk masuk ke … Continue reading Mengapa MPKj tidak bertindak? Mengapa pemaju begitu kebal?
Rumah berharga RM250,000-300,000 bukan mampu milik, jangan perdayakan rakyat daripada realiti sebenar
oleh A. Sivarajan Seruan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin untuk mengekalkan dasar yang sedia ada dalam membina rumah mampu milik bagi para penjawat am, sekali lagi membuktikan bahawa rumah yang dikatakan mampu milik ini sebenarnya bukan mampu milik. Presiden CUEPACS Azih Muda juga menambah bahawa … Continue reading Rumah berharga RM250,000-300,000 bukan mampu milik, jangan perdayakan rakyat daripada realiti sebenar
