Kembalikan kewibawaan dan integriti polis: RUU IPCMC akhirnya dibentangkan dalam Parlimen

Setelah penungguan selama 14 tahun pelaksanaan cadangan daripada Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia untuk menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC), akhirnya Rang Undang-Undang (RUU) IPCMC dibentangkan dalam Parlimen pada 18 Julai 2019. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Hal Ehwal Parlimen) Liew Vui Keong telah membentangkan RUU … Continue reading Kembalikan kewibawaan dan integriti polis: RUU IPCMC akhirnya dibentangkan dalam Parlimen

Sistem kontrak untuk pekerja di sekolah kerajaan miskinkan pekerja miskin

Ramli, umur 50 tahun, ialah seorang pengawal keselamatan di sebuah sekolah kerajaan di Kedah. Dia menjadi pengawal keselamatan lebih kurang 10 tahun dahulu selepas diberhentikan kerja sebagai seorang operator dalam sebuah kilang kerana krisis ekonomi. Dia bekerja di sekolah sekarang ini lebih kurang 2 tahun dahulu. Walaupun dia bekerja di sekolah kerajaan yang berada di … Continue reading Sistem kontrak untuk pekerja di sekolah kerajaan miskinkan pekerja miskin

Had umur pengundi diturunkan

Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-undang untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi menurunkan had umur mengundi dari 21 tahun ke 18 tahun. Selain itu, RUU yang diluluskan itu juga mengandungi cadangan untuk pendaftaran pengundi secara automatik untuk warganegara yang mencapai umur 18 tahun, dan warganegara yang berumur 18 tahun turut layak bertanding dalam pilihanraya. Kelulusan pindaan … Continue reading Had umur pengundi diturunkan

Jangan terburu-buru kaji semula PPSMI

oleh Gandipan Nantha Gopalan Kenyataan Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad yang mengatakan bahawa kerajaan sedang mengkaji semula pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), sebenarnya tidak mengejutkan. Kita semua tahu bahawa Dr. Mahathir yang memperkenalkan PPSMI pada tahun 2003 hasil daripada perbincangan Kabinet pada tahun 2002. Pemuda PSM berpendapat bahawa proses … Continue reading Jangan terburu-buru kaji semula PPSMI

Pekerja Tamil Nesan dibuang kerja tanpa pampasan

GOMBAK – 17 JULAI 2019: Bekas pekerja akhbar Bahasa Tamil, Tamil Nesan, membuat aduan polis pada hari ini di Ibupejabat Polis Daerah, berkenaan dengan penyelewengan oleh pihak majikan yang memberhentikan kerja mereka tanpa pampasan. Seramai 40 orang pekerja di akhbar Tamil Nesan telah dibuang kerja sejak bulan Mac 2019. Pekerja yang dibuang kerja ini tidak … Continue reading Pekerja Tamil Nesan dibuang kerja tanpa pampasan

Resolusi Kongres Nasional Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ke-21

Resolusi Kongres Nasional Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ke-21  14 Julai 2019, Kajang Hak pekerja - Jaminan kerja, pendapatan dan kesejahteraan untuk pekerja: Kerajaan harus melaksanakan gaji minimum RM1800 Laksanakan hari rehat wajib, supaya memastikan setiap pekerja dapat menikmati hari rehat mingguannya tanpa dikehendaki membuat kerja lebih masa (OT) pada hari itu. Kurangkan had masa … Continue reading Resolusi Kongres Nasional Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ke-21

Akhbar Sosialis Jul-Sep 2019

Menarik dalam Akhbar Sosialis Edisi Jul-Sep 2019: Sistem kontrak miskinkan pekerja miskin Kisah hajat seorang OKU untuk pertahankan rumahnya yang belum dipenuhi Kapitalisme dan perkauman Kapitalisme ancam Bumi Kebangkitan rakyat di Sudan Ancaman kudeta di Venezuela Protes di Hong Kong Dapatkan senaskah Sosialis dengan RM 2 sahaja di cawangan PSM terdekat anda. ********** Langganlah Akhbar … Continue reading Akhbar Sosialis Jul-Sep 2019

Transisi kepimpinan selesai dalam Kongres PSM ke-21

oleh A. Sivarajan Kongres Nasional Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ke-21 diadakan dari 12 hingga 14 Julai 2019 di bandar Kajang, Selangor, dan menyaksikan selesainya proses transisi kepimpinan yang telah bermula sejak 5 tahun yang lalu. Kini kesemua pemegang jawatan utama parti sejak tertubuhnya PSM pada tahun 1998, telah digantikan sepenuhnya. Pada tahun ini, Dr. … Continue reading Transisi kepimpinan selesai dalam Kongres PSM ke-21

Perjuangan Progresif Malaysia Baru!

oleh A. Sivarajan Selepas setahun pemerintahan kerajaan baru Pakatan Harapan (PH), ianya semakin mengkukuhkan hujah kami bahawa pemerintahan tanpa ideologi yang jelas akan terpesong dan mudah diperdayakan. PSM sebagai pembangkang progresif Ini jelas dilihat dalam pelbagai isu yang cuba ditangani oleh kepimpinan Pakatan Harapan, seperti isu penetapan gaji minimum, isu pekerja asing, perobohan dan pengusiran … Continue reading Perjuangan Progresif Malaysia Baru!