Jangan rampas peluang terakhir rakyat berteduh!

oleh Karthiges Rajamanickam Parti Sosialis Malaysia (PSM) membantah cadangan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk menggantikan Program Perumahan Rakyat (PPR) dengan Program Perumahan Malaysia (PPM) yang berniat untuk melibatkan pemodal swasta dalam menyediakan rumah kepada rakyat marhaen. Petikan daripada laporan akhbar pada 6 September 2019 menyatakan bahawa kaedah perlaksanaan PPM  adalah melalui 'request for … Continue reading Jangan rampas peluang terakhir rakyat berteduh!

Petani Tanah Hitam memohon tanah untuk teruskan pertanian

IPOH, PERAK - 11 SEPTEMBER 2019: 14 orang petani dari Tanah Hitam, Perak, mengemukakan permohonan tanah pada hari ini di Pejabat Daerah dan Tanah Kinta. Petani-petani kecil yang mengusahakan pertanian di kawasan Ulu Chemor ini sedang berada di ambang pengusiran paksa, berikutan tanah yang diusahakan mereka dirampas dan diperuntukkan sebagai hadiah kepada pemain Pasukan Bola … Continue reading Petani Tanah Hitam memohon tanah untuk teruskan pertanian

Kebangkitan rakyat yang terbesar dalam sejarah Hong Kong (Temubual khas tentang krisis politik dan gerakan perjuangan rakyat Hong Kong)

  “Segala revolusi adalah perubahan secara mendadak dalam kehidupan sejumlah besar rakyat. Selagi belum matang untuk perubahan sebegini, revolusi yang sebenar tidak akan berlaku. Seperti apa-apa perubahan dalam kehidupan seseorang yang membolehkannya mempelajari banyak perkara dan membawa pengalaman yang kaya dan perasaan yang hebat, revolusi akan membolehkan seluruh rakyat mendapat pengajaran yang paling bernas dan … Continue reading Kebangkitan rakyat yang terbesar dalam sejarah Hong Kong (Temubual khas tentang krisis politik dan gerakan perjuangan rakyat Hong Kong)

“Sime Darby, jangan usir kami!” seru penternak Kuala Selangor

KAPAR, SELANGOR – 7 SEPTEMBER 2019: Penternak-penternak yang mengusahakan penternakan lembu dan kambing di ladang Sime Darby sekitar Kuala Selangor, telah membuat aduan polis ke atas syarikat Sime Darby, pada hari ini di Balai Polis Sungai Kapar Indah, oleh kerana pihak syarikat Sime Darby hendak melakukan pengusiran secara paksa terhadap mereka dari kawasan ladang Sime … Continue reading “Sime Darby, jangan usir kami!” seru penternak Kuala Selangor

Papua Barat: Jalan berliku-liku menuju penentuan nasib sendiri

Satu gelombang protes besar-besaran tercetus di Papua Barat pada bulan Ogos 2019 berikutan serangan polis terhadap asrama pelajar Papua di Surabaya dan layanan rasis yang diterima oleh pelajar Papua. Protes dan keganasan daripada penindasan pihak berkuasa Indonesia, telah menyebabkan beberapa orang mati dan ramai cedera. Seruan untuk “Papua Merdeka” dan “referendum” sering kedengaran dalam protes … Continue reading Papua Barat: Jalan berliku-liku menuju penentuan nasib sendiri

Lanjutkan usia persaraan satu tindakan salah

oleh Wan Zamzahidi bin Wan Zahid Hari ini, kita membaca di media-media utama tentang kenyataan Menteri Sumber Manusia, S. Kulasegaran bahawa kerajaan sedang mengkaji cadangan untuk menaikkan had sia persaraan wajib dari 60 tahun kepda 65 tahun. Ianya dikatakan ini adalah cadangan daripada Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) atas sebab melihat kepada keadaan sekarang yang … Continue reading Lanjutkan usia persaraan satu tindakan salah

Immanuel Wallerstein (1930-2019): Intelek anti-kapitalis yang bangunkan analisis Sistem-Dunia

“Tiadanya dan tidak boleh adanya kapitalisme yang pelbagai kerana kapitalisme ialah struktur tunggal yang merupakan ciri penentu untuk sistem dunia moden.” - Immanuel Wallerstein, Capitalism as an Essential Concept to Understand Modernity, 2016 Immanuel Wallerstein, seorang tokoh intelek dalam bidang sosiologi, sejarah ekonomi dan analisis sistem-dunia yang terkenal di Amerika Syarikat, meninggal dunia pada 31 … Continue reading Immanuel Wallerstein (1930-2019): Intelek anti-kapitalis yang bangunkan analisis Sistem-Dunia

Aktivis pendukung perjuangan Papua ditahan

Pada ketika West Papua dilanda gelombang protes yang hebat, Kerajaan Indonesia sedang mempertingkatkan usaha untuk mematahkan kebangkitan rakyat Papua dengan menyekat ruang demokrasi untuk aktivisme yang menyokong perjuangan rakyat Papua untuk menentukan nasib sendiri. Jurucakap Fron Rakyat Indonesia untuk West Papua (FRI-West Papua), Surya Anta Ginting, ditangkap oleh polis di Jakarta pada 31 Ogos 2019. … Continue reading Aktivis pendukung perjuangan Papua ditahan

Papua bangkit demi penentuan nasib sendiri

Satu gelombang kebangkitan masyarakat besar-besaran orang asal Papua sedang melanda West Papua (merangkumpi Provinsi Papua dan Pronvinsi Papua Barat) untuk memperjuangkan penentuan nasib sendiri. Dalam hampir dua minggu yang lalu ini, orang Papua yang hidup di bawah kezaliman pendudukan tentera Indonesia untuk lebih setengah abad, telah membanjiri jalanan di West Papua. Protes yang dicetuskan daripada … Continue reading Papua bangkit demi penentuan nasib sendiri

MERDEKA

oleh Dr. Nasir Hashim Negara Ku ... Tanah air Ku Tabah menunggu janji-janji mu itu Setia bersatu ... berbudaya maju Merdekalah diri .. jangan belenggu Merdekalah diri wahai warga ku Negara menitis air mata sayu Kerana negara dicengkam dajal perpecahan Sesat memuja budaya bangsat Wahai warga Merdeka Bangunlah diri dari dunia alpa Terbenam dalam dunia keangkuhan … Continue reading MERDEKA