Tindakan polis melakukan siasatan terhadap aksi sambutan Hari Pekerja ini merupakan intimidasi yang berterusan terhadap aktivis-aktivis dan sedang membazirkan wang rakyat pada ketika negara kita sedang menghadapi kegawatan ekonomi.
Petani mengadu tentang kelemahan polis Kuala Kuang dalam menghalang ugutan jenayah terhadap petani kecil
Petani-petani kecil dari Kuala Kuang yang sedang mengusahakan tanah di kawasan sebelah Taman Chepor Sentosa, Perak, menyerahkan satu memorandum di Ibupejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, untuk mengetengahkan masalah kelemahan pihak polis dalam mengendalikan ugutan jenayah terhadap petani-petani kecil.
Keluarga B40 di Sungai Jelok yang diusir dapat tanah alternatif
Keluarga M. Suppaya yang berdepan dengan ancaman pengusiran baru-baru ini akhirnya mendapat kelegaan dan ketenangan apabila mereka ditawarkan tanah alternatif.
Colombia: Aksi protes rakyat tewaskan rancangan percukaian neoliberal
Selepas aksi mogok dan protes besar-besaran selama 5 hari berturut-turut, walaupun berdepan dengan penindasan yang kejam daripada pihak berkuasa, tetapi oleh sebab kegigihan kelas pekerja untuk melawan, akhirnya kuasa rakyat berjaya memaksa Kerajaan Colombia pimpinan Presiden Iván Duque Márquez untuk menarik balik rancangannya yang hendak melaksanakan “pembaharuan” percukaian yang bersifat neoliberal. Ini merupakan satu kemenangan penting untuk rakyat Colombia dalam usaha perjuangan mereka melawan serangan dasar ekonomi neoliberal.
Petani Chepor dapat perintah mahkamah untuk hentikan pengosongan tanah sementara
Petani-petani di kawasan Chepor, Perak, dapat memberhentikan ancaman pengusiran paksa untuk sementara waktu selepas mereka mendapat perintah interim daripada mahkamah.
India: Fron Demokratik Kiri kekal memerintah Kerala
Ini merupakan kali pertama dalam tempoh 40 tahun kebelakangan ini bagi sebuah gabungan politik yang sama membentuk kerajaan negeri untuk dua penggal berturut-turut di negeri Kerala, India.
(Galeri gambar) Sambutan Hari Pekerja 1 Mei 2021 di seluruh dunia
Sepintas lalu suasana sambutan Hari Pekerja 2021 di seluruh dunia...
(Galeri gambar) Aksi sambutan Hari Pekerja 2021 di Malaysia
Hari cuti pada 1 Mei adalah tidak bermakna sekiranya tiada aksi sambutan Hari Pekerja Sedunia yang membawa aspirasi pekerja untuk memperjuangkan hak pekerja dan kesejahteraan bersama. Oleh sebab keadaan penularan wabak COVID-19 masih membimbangkan di negara kita, maka tahun ini juga tiadanya aksi massa yang besar-besaran. Namun demikian, aktivis-aktivis dan organisasi-organisasi yang bergabung dalam Jawatankuasa … Continue reading (Galeri gambar) Aksi sambutan Hari Pekerja 2021 di Malaysia
Aksi sambutan Hari Pekerja 2021: Jaminan kerja, vaksin kehidupan
Jawatankuasa Mei Satu menganjurkan aksi simbolik dengan pematuhan tatacara pengendalian piawai (SOP) pencengahan wabak, untuk meraikan hari yang amat bermakna bagi perjuangan pekerja ini.
Deklarasi 1 Mei 2021: Jaminan Kerja, Vaksin Kehidupan
DEKLARASI 1 MEI 2021: JAMINAN KERJA, VAKSIN KEHIDUPAN ▪ COVID-19, Darurat, Krisis Ekonomi terus menjadi cabaran terbesar semasa kita menyambut hari keramat kaum pekerja – 1 Mei 2021. ▪ Kesan COVID-19 bukan sekadar krisis kesihatan awam, malah ia juga ialah krisis ekonomi, krisis jaminan kerja, krisis pengangguran, krisis jaminan makanan dan krisis kelaparan. ▪ Kaum pekerja … Continue reading Deklarasi 1 Mei 2021: Jaminan Kerja, Vaksin Kehidupan
