Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita Malaysia yang sebenar hari ini telah berjaya meningkat sebanyak 10 kali ganda berbanding 50 tahun dahulu, tetapi ramai dalam kalangan rakyat masih hidup dalam kesusahan, malah terus dibelenggu kemiskinan. Kenapa kita masih tidak dapat mengatasi masalah kemiskinan sedangkan negara kita sudah semakin kaya? Inilah salah satu persoalan yang dikupas dalam forum pakar mengenai kemiskinan anjuran Gabungan Marhaen.
Tiada petani, tiada makanan, tiada kehidupan – Catatan Forum “Memperkasa Jaminan Makanan: Isu dan Penyelesaian”
Tanpa petani, pesawah, penternak dan nelayan, maka tiada makanan untuk rakyat. Kita harus memperkasakan sektor-sektor pengeluar makanan untuk menjamin pembekalan makanan kepada rakyat.
Pencerobohan tanah adat OA tetap berleluasa semasa COVID-19
Walaupun hak dan kepentingan masyarakat OA dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan, tetapi realitinya adalah pencerobohan terhadap tanah adat OA, salah guna kuasa dan rampasan tanah terus berleluasa, lebih-lebih lagi pada masa pandemik COVID-19.
Nasib 62% rakyat Malaysia yang tiada perlindungan sosial formal perlu dibela
Tuntutan dinafikan dan hak tidak ditegakkan, merupakan perkara yang dihadapi oleh pekerja-pekerja informal di merata tempat.
268 pemandu lori dapat balik tunggakan caruman KWSP RM2.6 juta
Dalam satu penghakiman persetujuan yang dicapai di Mahkamah Tinggi Ipoh, syarikat Hong Heng Transport bersetuju untuk membayar semua baki caruman KWSP berjumlah RM2,638,595 kepada 268 orang pemandu lori.
Adanya berita baik mengenai kenaikan gaji minimum dalam masa terdekat? – Catatan Forum “Suara Pekerja: Realiti VS Harapan”
Ahli-ahli panel dalam forum “Suara Pekerja: Realiti vs Harapan” mengupas pelbagai masalah dan cabaran yang dihadapi oleh golongan pekerja.
Tingkatkan gaji minimum ke RM1,800 – Memorandum kepada Jawatankuasa Teknikal Perundingan Gaji Negara
PSM mencadangkan kepada Jawatankuasa Teknikal Perundingan Gaji Negara supaya meningkatkan gaji minimum ke RM1,800 sebulan.
“Rumah untuk dihuni, bukan untuk diniagakan!” – Catatan Forum “Rumah B40: Mampu atau mimpi?”
Perumahan untuk rakyat ialah hak asasi rakyat dan bukannya komoditi untuk digaut keuntungan. Perlindungan hak perumahan rakyat ini hanya boleh dicapai jika kerajaan mengeluarkan perumahan rakyat daripada pasaran bebas yang bermotifkan keuntungan.
Aktivisme dan perubahan sosial
Tulisan Dr. Nasir Hashim menawarkan pedoman dan pengalaman yang lalu kepada mereka yang ingin berjuang mempertahankan hak rakyat.
Skim Jaminan Kerja (Siri pengenalan teras “Permintaan Rakyat Mudah Je” – 02)
PSM menyeru kepada Kerajaan supaya melaksanakan Skim Jaminan Kerja untuk mencapai pengangguran sifar dan memastikan bahawa semua rakyat mempunyai pekerjaan yang dibayar dengan gaji sara hidup.
