Kenyataan bersama oleh organisasi-organisasi kiri serantau mengenai serangan ketenteraan yang dilancarkan oleh kerajaan Turki dan Iran ke atas wilayah Kurdistan di Syria, Iraq dan Iran.
Kami, organisasi-organisasi yang menandatangani kenyataan bersama ini, mengecam sekeras-kerasnya serangan ketenteraan bersifat genosid yang terbaru oleh kedua-dua kerajaan Turki dan Iran ke atas masyarakat Kurdi di rantau Kurdistan.
Tentera Turki telah melancarkan serangan udara yang intensif ke atas wilayah utara dan timur Syria serta utara Iraq dengan mensasarkan masyarakat Kurdi di wilayah itu. Sementara itu, kerajaan Iran juga memperhebatkan tindakan keras ketenteraan ke atas masyarakat Kurdi di barat Iran dan utara Iraq, sebagai sebahagian daripada penindasan ganasnya terhadap gelombang protes untuk hak wanita berikutan kematian Jina Amini dalam tangan pihak berkuasa.
Serangan ketenteraan ke atas masyarakat Kurdi ini bukan sahaja melanggar undang-undang antarabangsa, tetapi juga menyebabkan kehilangan nyawa dan kemusnahan yang besar.
Oleh itu, kami menyeru supaya:
- Turki dan Iran harus menghentikan segera serangan tentera mereka ke atas masyarakat Kurdi di rantau Kurdistan;
- Hentikan penindasan terhadap gerakan politik yang pro-Kurdi di Turki dan protes untuk hak wanita di Iran;
- Mengiktiraf hak demokratik untuk menentukan nasib sendiri bagi masyarakat Kurdi dan semua bangsa di rantau Kurdistan, sebagai asas untuk solusi politik kepada “Persoalan Kurdi”.
Kenyataan bersama ini ditandatangani oleh:
- Parti Sosialis Malaysia (PSM), Malaysia
- Socialist Alliance, Australia
- Partai Rakyat Pekerja (PRP), Indonesia
- Konfederasi Pergerakan Rakyat Indonesia (KPRI), Indonesia
- Partido Lakas ng Masa (PLM), Filipina
- Socialist Aotearoa, New Zealand
- Haqooq Khalq Party, Pakistan