Tahun ini, sambutan Hari Pekerja 1 Mei diselubungi dengan perang yang mengakibatkan krisis ekonomi, rasuah dalam negara yang menghancurkan ekonomi rakyat dan perpaduan rapuh yang mengancam solidariti sesama rakyat serta kaum pekerja. Tema sambutan Hari Pekerja 2026 oleh Jawatankuasa 1 Mei kali ini ialah Pekerja Bersatu – Tolak Perang, Lawan Rasuah.
Tolak pameran pembekal senjata genosid
Orang ramai berprotes terhadap pameran pertahanan yang turut disertai oleh syarikat-syarikat yang membekalkan senjata kepada jenayah terhadap kemanusiaan.
AS: Jutaan orang turun protes menentang rejim Trump
Lebih 8 juta orang turun berprotes di seluruh negara untuk menentang kerajaan pimpinan Donald Trump yang penuh kepincangan dan kezaliman.
Ancaman ketenteraan AS terhadap Venezuela berterusan
Cubaan kuasa imperialis AS untuk melakukan perubahan rejim di Venezuela bukannya sesuatu yang baharu. Malah, pelbagai cubaan dan taktik kotor telah digunakan dalam tempoh lebih dua dekad yang lalu untuk menggagalkan proses Revolusi Bolivar.
Perhimpunan rakyat untuk keamanan dan keadilan: Tolak Trump!
Kami menyeru semua rakyat Malaysia — tanpa mengira agama, kaum, atau fahaman politik — untuk bersatu menyokong perjuangan rakyat Palestin. Ini adalah tindakan bersama atas nama Solidariti, Keamanan dan Keadilan.
Kumpulan Den Haag kenakan embargo senjata terhadap Israel untuk hentikan genosid di Gaza
Perjanjian yang tercapai dalam persidangan di Bogotá merupakan perjanjian pelbagai hala pertama yang cuba menghentikan tindakan kezaliman rejim Zionis Israel di Gaza.
Hentikan perang AS-Israel terhadap Iran sekarang!
Perang AS-Israel terhadap Iran tidak membawa apa-apa kecuali untuk menakut-takutkan rakyat Iran dan melemahkan kuasa yang boleh mengganggu dominasi serantau Zionis yang bersifat perluasan kuasa serta genosid terhadap rakyat Palestin. Peningkatan serangan terhadap Iran menjejaskan kestabilan rantau selanjutnya dan mengancam keamanan dunia dengan mengundang lebih banyak konflik yang membawa maut.
Protes gesa AS dan Jerman hentikan sokongan kepada Israel
Protes GEGAR menggesa AS dan Jerman supaya berhenti daripada bersubahat dalam jenayah genosid yang dilakukan oleh rejim Zionis Israel.
Membidas pandangan angkuh Duta AS
Wawancara Malaysiakini dengan Edgard D Kagan, Duta Amerika Syarikat ke Malaysia, mencerminkan keangkuhan dan sifat suka berlagak AS yang menganggap dirinya sebagai jaguh dunia bebas.
Anak muda duduki kampus universiti untuk bantah genosid di Gaza: Ulang tayang 1968?
Satu gelombang protes di kampus-kampus universiti di AS dan negara-negara lain tercetus sejak 17 April 2024 untuk membantah perang genosid yang dilancarkan oleh rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin dan mendesak pihak yang berwajib untuk memberhentikan segala sokongan kepada rejim Zionis Israel yang zalim itu.
