Hentikan sekatan ekonomi, selamatkan nyawa!

Sekatan ekonomi yang dikenakan oleh kuasa imperialis Amerika Syarikat (AS) ke atas negara-negara yang tidak sehaluan dengannya sedang mengganggu usaha negara-negara tersebut dalam menghadapi ancaman pandemik COVID-19. “Pengenaan sekatan ekonomi melumpuhkan yang berterusan menjejaskan secara teruk hak asasi rakyat biasa untuk mendapatkan makanan yang mencukupi,” begitu katanya Hilal Elver, Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengenai Hak … Continue reading Hentikan sekatan ekonomi, selamatkan nyawa!

Iran: Tragedi yang cetuskan semula protes rakyat

Pada 11 Januari 2020, Kerjaan Iran mengaku bahawa pesawat Penerbangan 752 Ukraine International Airlines yang terhempas pada 8 Januari 2020 adalah ditembak jatuh atas kesilapan Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC). Pengakuan tersebut dibuat selepas tiga hari Kerajaan Iran cuba menafikan dakwaan bahawa pesawat yang terbang dari Tehran ke Kiev itu ditembak jatuh oleh peluru berpandu. … Continue reading Iran: Tragedi yang cetuskan semula protes rakyat

Imperialis AS pengganas nombor satu dunia

Kerajaan Amerika Syarikat (AS) pimpinan Donald Trump sedang membawa dunia ke ambang satu lagi perang yang dahsyat di rantau Timur Tengah. Sekali lagi, imperialis AS sedang menunjukkan kepada dunia bahawa ia ialah pengganas nombor satu di dunia yang sanggup mencetuskan satu lagi peperangan untuk seorang kapitalis mempertahankan jawatan Presiden negara itu. Donald Trump pasti amat … Continue reading Imperialis AS pengganas nombor satu dunia

Trump mahu cetus satu lagi perang untuk kekal sebagai Presiden AS?

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mahu mencetuskan perang lagi di rantau Timur Tengah dalam usahanya mempertahankan jawatan Presiden AS? Tentera AS melancarkan satu serangan udara pada hari ini (3 Januari 2020) terhadap satu konvoi yang sedang bergerak berdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad. Serangan tersebut telah membunuh beberapa orang termasuk kepimpinan tinggi tentera dari Iran, … Continue reading Trump mahu cetus satu lagi perang untuk kekal sebagai Presiden AS?

Tahun rakyat bangkit berontak: Imbas kembali 2019 (Antarabangsa)

Tahun 2019 merupakan satu tahun yang penuh dengan perjuangan. Dari awal tahun hingga ke akhir tahun, dari benua Afrika ke Asia dan Amerika Latin, rakyat turun beramai-ramai ke jalanan untuk berprotes, ada yang berjaya menjatuhkan rejim bersifat kediktatoran, ada yang berjaya memaksa kerajaan yang memerintah membatalkan dasar anti-rakyat yang cuba dibawanya, ada yang masih bertahan … Continue reading Tahun rakyat bangkit berontak: Imbas kembali 2019 (Antarabangsa)

AS jangan kacau Iran! Hentikan segala provokasi perang terhadap Iran!

oleh S. Arutchelvan Amerika Syarikat (AS), sebuah negara yang mempunyai rekod paling buruk di dunia dari segi mencabul dan menceroboh kedaulatan negara lain, kini sekali lagi membuat persediaan untuk menyerang Iran ekoran sebuah dron milik tentera AS ditembak jatuh oleh pihak Iran. Iran, sebuah negara yang tidak pernah pergi berperang atau menyerang negara lain, pula … Continue reading AS jangan kacau Iran! Hentikan segala provokasi perang terhadap Iran!