Hasil daripada tekanan yang diberikan oleh PSM, proses lelongan rumah seorang ibu tunggal telah berjaya dihentikan.
Bank RHB keji dan kejam!
Membeli sebuah rumah merupakan tanggungan kewangan yang besar bagi kebanyakan keluarga kelas pekerja. Sebahagian besar daripada pendapatan keluarga digunakan untuk membayar balik pinjaman. Jika kita mengandaikan bahawa secara puratanya, suami Puan K memperoleh pendapatan sebanyak 2.4 kali ganda gaji minimum, maka jumlah pendapatannya dari tahun 2007 hingga kematiannya pada 2023 dianggarkan kira-kira RM538,560. RM105,000 bersamaan dengan 19.5% daripada jumlah pendapatan itu. Bukankah pihak bank patut menghargai pengorbanan dan komitmen sedemikian, serta berusaha sedaya upaya untuk mengelakkan perampasan harta pembeli rumah yang telah bersusah payah — dengan keringat dan air mata — demi memenuhi kewajipan pembayaran balik pinjaman mereka?
Laman web Bank Rakyat digodam: Kerajaan perlu segera tampal semua lubang keselamatan laman web rasmi, lindungi data peribadi rakyat
Kerajaan harus memandang serius kelemahan teruk dalam barisan pertahanan keselamatan siber negara, serta segera menjalankan pemeriksaan menyeluruh dan membaik pulih semua kelemahan pada laman sesawang rasmi bagi mengelakkan data peribadi rakyat daripada terus menjadi barang jualan penggodam.
Rakyat marhaen minta bank selesaikan masalah, tapi dilayan dengan tangkapan polis
Seorang peminjam wang yang masih dituntut bayaran walaupun sudah habis membayar pinjaman, ditangkap oleh polis semasa dia bersama keluarganya berprotes di hadapan ibu pejabat Public Bank pada.
Jangan nafikan tuntutan insurans MRTA dengan alasan teknikal
Protes di hadapan ibu pejabat syarikat insurans untuk mengetengahkan masalah seorang peminjam perumahan dinafikan bayaran insurans MRTA atas sebab isu teknikal.
Lelongan rumah ditangguh selepas protes di depan bank
Selepas satu aksi protes yang diadakan di hadapan ibu pejabat AmBank, pihak AmBank bersetuju untuk menangguhkan lelongan rumah Komagan Devadas, seorang peminjam yang tidak dapat membayar balik pinjaman perumahan kerana masalah kesihatan.
Ketidakcekapan pihak berwajib memudahkan penipuan dalam talian
Semua bank harus ada hotline yang boleh membekukan akaun yang diragui dengan segera apabila dihubungi oleh polis.
Solidariti bersama NUBE: Hentikan penindasan pekerja! Berikan ruang untuk pelihara hak pekerja!
PSM bersolidariti bersama Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) yang melancarkan siri piket di seluruh negara untuk mempertahankan hak-hak pekerja daripada dicabuli oleh golongan majikan.
PSM sokong tuntutan NUBE
PSM menyokong aksi piket NUBE untuk mempertahankan hak pekerja bank daripada ancaman pihak pengurusan bank.
Lelong rumah B40 dibatalkan selepas protes
Rumah seorang warga B40 dapat diselamatkan daripada pelelongan pada saat-saat terakhir selepas aksi protes di ibu pejabat bank.
