Tiga orang aktivis anti-rasis daripada Parti untuk Sosialisme dan Pembebasan (Party for Socialism and Liberation, PSL) – Lillian House, Eliza Lucero dan Joel Northam – yang ditangkap atas pertuduhan yang direka oleh polis pada 17 September 2020 di Denver, ibu negeri Colorado, Amerika Syarikat (AS), telah dibebaskan pada 24 September 2020, iaitu seminggu selepas berada dalam tahanan. Seorang lagi aktivis yang ditangkap bersama mereka, Russel Ruch, telah dibebaskan lebih awal. Tiga orang aktivis tersebut telah dikurung dalam penjara yang berkeadaan tidak selamat dan tidak berperikemanusiaan di samping dinafikan hak untuk mendapatkan keadilan selama seminggu.

Mahkamah Colorado telah memutuskan untuk membenarkan ikat jamin aktivis-aktivis PSL yang ditahan, bermakna mereka tidak boleh lagi dikurung atas alasan penahanan pencegahan. Namun begitu, pihak Pendakwaraya Daerah masih enggan menggugurkan pendakwaan terhadap mereka. Aktivis-aktivis tersebut telah dilemparkan pertuduhan yang merangkumi pertuduhan jenayah berat seperti penculikan dan rusuhan sehingga pertuduhan jenayah kecil seperti mengganggu keamanan. Penangkapan menggunakan pertuduhan yang direka-reka ini cubaan pihak berkuasa yang mensasarkan mereka yang lantang bersuara mengkritik keganasan polis.

Aktivis-aktivis PSL yang ditahan tersebut mendedahkan keadaan penjara yang teruk di Colorado. Lilian dan Eliza yang ditahan di unit wanita dalam penjara, mengatakan bahawa apa yang dianggap sebagai langkah-langkah pencegahan COVID-10, telah menyebabkan semua tahan terpaksa dikurung secara berasingan setiap hari, dan selalu tidak mendapat 40 minit “masa keluar” yang diperuntukkan setiap hari kerana pengawal penjara melambat-lambatkan proses. Mereka juga mengatakan bahawa terpaksa menggunakan pelitup muka yang sama dan baju penjara yang sama sepanjang masa seminggu, di samping tiada masa untuk mandi. PSL dan banyak organisasi di AS telah mengetengahkan isu tentang keadaan yang tidak berperikemanusiaan dan tidak selamat di dalam penjara khususnya pada ketika pandemik COVID-19.

Aktivis-aktivis yang ditahan itu telah berada di barisan hadapan aksi protes yang menuntut keadilan untuk Elijan McClain, seorang pemuda Amerika Afrika berumur 23 tahun yang dibunuh oleh pegawai polis di Aurora, iaitu bandar yang bersebelahan dengan Denver, pada bulan Ogos 2019. McClain telah dicekik oleh polis dan diberi ubat sedatif semasa penangkapan, kemudiannya mati di hospital beberapa hari kemudian. Tiada pegawai polis yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan McClain itu ditangkap sehingga kini, malah pihak pendakwaraya mengumumkan pada 25 Jun 2020 bahawa tiada bukti yang mencukupi untuk menunjukkan McClain dibunuh secara sengaja dan menghukum orang yang terlibat.

Sehari sebelum pembebasan aktivis-aktivis PSL, jemaah juri negeri Kentucky mengumunkan bahawa tiada pendakwaan terhadap pegawai-pegawai polis di Louisville yang terlibat dalam penembakan mati Breonna Taylor, seorang wanita Amerika Afrika berumur 26 tahun, pada 13 Mac 2020. McClain dan Taylor merupakan sebahagian daripada ramai mangsa keganasan polis di AS.

Negara AS telah dilanda gelombang aksi protesBlack Lives Matter” yang memperjuangkan anti-rasisme dan membantah keganasan polis sejak bulan Mei 2020, berikutan insiden kematian George Floyd di Minneapolis.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s