Kemenangan Zohran Mamdani mempunyai makna yang signifikan dalam politik AS. Ia boleh merangsang kebangkitan politik progresif yang mencabar susunan kapitalis yang sedia ada, dengan penglibatan aktif anak muda, golongan minoriti dan rakyat bawahan demi masyarakat yang lebih adil dan manusiawi.
AS: Jutaan rakyat berprotes tolak tirani Trump
18 Oktober 2025 menandakan salah satu hari protes yang terbesar dalam sejarah AS apabila kira-kira 7 juta orang berprotes di jalanan di seluruh negara itu untuk membantah pemerintahan yang diterajui oleh Presiden Donald Trump.
AS: Protes besar-besaran lawan pengusiran imigran
Los Angeles menjadi tumpuan terkini gelombang protes menentang tindakan kerajaan AS yang menangkap dan mengusir imigran tidak berdokumen.
Perjuangan Kemerdekaan Amerika Latin (Siri Revolusi Dunia – 07)
Perjuangan kemerdekaan Amerika Latin merupakan gelombang perjuangan anti-kolonial yang hebat, di mana sesetengahnya berpandukan idea-idea radikal untuk penghapusan perhambaan, kebebasan sivil, kesamarataan kaum, kedaulatan rakyat dan penyatuan bangsa tertindas.
Revolusi Amerika (Siri Revolusi Dunia – 04)
Revolusi Amerika merupakan satu revolusi demokratik borjuis yang berusaha untuk mewujudkan sebuah negara bangsa dengan masyarakat kapitalis yang bebas daripada cengkaman kuasa asing. Revolusi ini secara dasarnya memanfaatkan golongan borjuis baharu yang datang daripada golongan peneroka kolonial berkulit putih di Amerika Utara, membolehkan mereka menguasai ekonomi di tanah bekas jajahan British dan membuka ruang yang lebih besar kepada pembangunan serta perluasan ekonomi kapitalis Amerika Syarikat yang lebih lanjut.
Pilihan Raya Presiden AS 2024: Trump kembali berkuasa dengan Demokrat hilang banyak sokongan
Donald Trump bakal kembali menjadi Presiden Amerika Syarikat (AS) selepas menewaskan Kamala Harris yang merupakan penyandang jawatan Naib Presiden AS dalam satu keputusan pilihan raya yang tidak begitu mengejutkan.
Mexico: Claudia Sheinbaum dipilih sebagai Presiden wanita pertama di Amerika Utara
Claudia Sheinbaum, seorang pemimpin politik feminis yang progresif, bakal menjadi Presiden wanita yang pertama dalam sejarah negara Mexico dan Amerika Utara, setelah mendapat kemenangan besar dalam Pilihan Raya Presiden Mexico 2024.
Askar AS bakar diri untuk bantah genosid terhadap rakyat Palestin
Aaron Bushnell, seorang askar Tentera Udara Amerika Syarikat yang berusia 25 tahun, membakar dirinya di hadapan Kedutaan Israel di Washington, D. C. untuk berprotes terhadap genosid yang sedang dilakukan oleh rejim Zionis Israel dan persubahatan kerajaan AS dalam jenayah kemanusiaan di bumi Palestin.
Pilihanraya AS: Trump ditewaskan tetapi adakah penggantinya “kurang jahat”?
Joe Biden bakal menjadi Presiden Amerika Syarikat yang ke-46, setelah mengalahkan penyandang jawatan Presiden AS Donald Trump dalam satu persaingan pilihanraya yang sengit. Donald Trump yang enggan mengaku kekalahan mengatakan bahawa dia akan mencabar keputusan pilihanraya dalam mahkamah. Sehingga 8 November 2020, dengan keputusan pengundian masih belum dimuktamadkan di negeri-negeri seperti Alaska, Carolina Utara dan … Continue reading Pilihanraya AS: Trump ditewaskan tetapi adakah penggantinya “kurang jahat”?
AS: Aktivis anti-rasis di Denver bebas selepas ditahan seminggu
Tiga orang aktivis anti-rasis daripada Parti untuk Sosialisme dan Pembebasan (Party for Socialism and Liberation, PSL) - Lillian House, Eliza Lucero dan Joel Northam - yang ditangkap atas pertuduhan yang direka oleh polis pada 17 September 2020 di Denver, ibu negeri Colorado, Amerika Syarikat (AS), telah dibebaskan pada 24 September 2020, iaitu seminggu selepas berada dalam tahanan. … Continue reading AS: Aktivis anti-rasis di Denver bebas selepas ditahan seminggu
