Protes tercetus di Amerika Syarikat selepas Daunte Wright, seorang warga Amerika Afrika berumur 20 tahun yang tidak bersenjata, ditembak mati oleh seorang pegawai polis di bandar Brooklyn Center, Minnesota, negeri di mana berlakunya pembunuhan George Floyd pada bulan Mei 2020.
AS: Aktivis anti-rasis di Denver bebas selepas ditahan seminggu
Tiga orang aktivis anti-rasis daripada Parti untuk Sosialisme dan Pembebasan (Party for Socialism and Liberation, PSL) - Lillian House, Eliza Lucero dan Joel Northam - yang ditangkap atas pertuduhan yang direka oleh polis pada 17 September 2020 di Denver, ibu negeri Colorado, Amerika Syarikat (AS), telah dibebaskan pada 24 September 2020, iaitu seminggu selepas berada dalam tahanan. … Continue reading AS: Aktivis anti-rasis di Denver bebas selepas ditahan seminggu
AS: Gelombang protes melanda Wisconsin selepas insiden tembakan polis
Kemarahan rakyat Amerika Syarikat (AS) terhadap rasisme dan keganasan polis terus membara, dengan gelombang protes terbaru tercetus di negeri Wisconsin selepas insiden seorang lelaki warga Amerika Afrika bernama Jacob Blake ditembak 7 kali dari belakang oleh seorang pegawai polis di bandar Kenosha, Wisconsin pada 23 Ogos 2020. Blake terkena 4 daripada 7 das tembakan … Continue reading AS: Gelombang protes melanda Wisconsin selepas insiden tembakan polis
Kenapa protes BLM (Black Lives Matter) mustahil berlaku di Malaysia?
oleh S. Arutchelvan Fenomena BLM dan “aku tidak dapat bernafas” Walaupun rencana ini mula ditulis hampir sebulan yang lalu, namun beberapa insiden dan perkembangan dalam negara kita menghindar diri saya daripada menulisnya. Penulisan mengenai kaum dan agama sememangnya satu topik yang amat sukar sekali di dalam negara di mana rakyatnya sering dipesong pemikiran, dimanipulasi minda … Continue reading Kenapa protes BLM (Black Lives Matter) mustahil berlaku di Malaysia?
Gelombang protes Black Lives Matter cabar warisan sejarah eksploitasi penjajah
Gelombang protes yang dicetuskan oleh kematian George Floyd, bermula sebagai aksi bantahan tempatan di kawasan metropolitan Minneapolis-Saint Paul di negeri Minnesota, Amerika Syarikat (AS), tetapi merebak ke seluruh negara AS dengan pantasnya dan turut mencetuskan protes solidariti yang menyatakan sokongan kepada gerakan Black Lives Matter (Nyawa Orang Kulit Hitam Penting) di suluruh dunia. Aksi-aksi protes ini … Continue reading Gelombang protes Black Lives Matter cabar warisan sejarah eksploitasi penjajah