Nigeria: Rakyat bangkit lawan keganasan polis

(foto: Sahara Reporters) Gelombang protes jalanan yang hebat melanda seluruh negara Nigeria sejak 8 Oktober 2020, dengan seruan lantang yang menuntut untuk menghentikan keganasan polis. Aksi protes yang terbaru ini bermula dengan kempen media sosial yang menuntut pembubaran Skuad Anti-Perompakan Khas (Special Anti-Robbery Squad, SARS), sebuah unit di bawah Pasukan Polis Nigeria yang terkenal dengan … Continue reading Nigeria: Rakyat bangkit lawan keganasan polis

AS: Aktivis anti-rasis di Denver bebas selepas ditahan seminggu

Tiga orang aktivis anti-rasis daripada Parti untuk Sosialisme dan Pembebasan (Party for Socialism and Liberation, PSL) - Lillian House, Eliza Lucero dan Joel Northam - yang ditangkap atas pertuduhan yang direka oleh polis pada 17 September 2020 di Denver, ibu negeri Colorado, Amerika Syarikat (AS), telah dibebaskan pada 24 September 2020, iaitu seminggu selepas berada dalam tahanan. … Continue reading AS: Aktivis anti-rasis di Denver bebas selepas ditahan seminggu

Colombia: Protes tuntut keadilan untuk mangsa keganasan polis

Kematian George Floyd telah mencetuskan semula gelombang protes Black Lives Matter yang hebat di Amerika Syarikat; dan kini di Colombia, peristiwa kematian Javier Ordóñez, seorang peguam berumur 46 tahun dengan dua orang anak, yang berlaku pada 9 September 2020, telah mencetuskan gelombang protes jalanan yang paling hebat sejak gelombang kebangkitan rakyat di negara itu pada … Continue reading Colombia: Protes tuntut keadilan untuk mangsa keganasan polis

Jalan buntu golongan elit di Amerika Syarikat

dikarang oleh Lee Ricson (disunting oleh Theng Jee Shen) Di Amerika Syarikat, kempen dan rusuhan terhadap keganasan polis dan rasisme telah meletus pada skala yang tidak pernah terlihat setelah kematian George Floyd. Walaupun keempat-empat polis yang terlibat menghadapi tindakan tertentu, namun tindakan tersebut hanyalah amaran sahaja yang tidak berkesan langsung. Para aktivis dapat mengawal seluruh … Continue reading Jalan buntu golongan elit di Amerika Syarikat

AS: Gelombang protes melanda Wisconsin selepas insiden tembakan polis

  Kemarahan rakyat Amerika Syarikat (AS) terhadap rasisme dan keganasan polis terus membara, dengan gelombang protes terbaru tercetus di negeri Wisconsin selepas insiden seorang lelaki warga Amerika Afrika bernama Jacob Blake ditembak 7 kali dari belakang oleh seorang pegawai polis di bandar Kenosha, Wisconsin pada 23 Ogos 2020. Blake terkena 4 daripada 7 das tembakan … Continue reading AS: Gelombang protes melanda Wisconsin selepas insiden tembakan polis

AS: Gelombang protes hebat menentang keganasan polis dan rasisme

Kematian seorang warga Amerika Afrika, George Floyd, selepas dilayan secara keras oleh pegawai polis di bandar Minneapolis pada 25 Mei 2020, mencetuskan gelombang protes besar-besaran terbaru, bermula dari kawasan metropolitan Minneapolis-Saint Paul, negeri Minnesota, dan kemudiannya merebak ke seluruh negara Amerika Syarikat (AS). Protes turut tercetus di banyak tempat di seluruh dunia, sebagai solidariti kepada … Continue reading AS: Gelombang protes hebat menentang keganasan polis dan rasisme

“Aku tak dapat bernafas” lagi: Rasisme dan keganasan polis cetus rusuhan di Minneapolis

“Aku tak dapat bernafas!” (I can’t breathe!) Ini ialah kata-kata oleh Eric Garner, seorang warga Amerika Afrika yang menjadi mangsa keganasan polis yang mati di Staten Island, New York, pada tahun 2014. Selepas enam tahun, kata-kata yang sama keluar daripada mulut seorang lagi warga Amerika Afrika, George Floyd, sebelum dia meninggal dunia akibat dilayan secara … Continue reading “Aku tak dapat bernafas” lagi: Rasisme dan keganasan polis cetus rusuhan di Minneapolis