20200604 - charge2 (2)

IPOH, PERAK – 4 JUN 2020: 5 orang aktivis yang ditangkap pada 2 Jun 2020 kerana mengadakan protes membantah penindasan terhadap kesatuan sekerja di hadapan Hospital Besar Ipoh (Hospital Raja Permaisuri Bainun) didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh pada hari ini.

Mereka yang didakwa ialah M. Sarasvathy selaku Setiausaha Eksekutif Kesatuan Pekerja-pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan di Hospital Kerajaan Semenanjung Malaysia (KPSPSHKSM), V. Santhiran selaku Bendahari KPSPSHKSM, L. Danaletchumi selaku Pegawai Perhubungan Perusahaan bagi KPSPSHKSM, P. Jothi dan C. Subramaniam@Raja. Mereka didakwa dengan tuduhan melanggar Peraturan 7(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempat Jangkitan) (No.6) 2020 bagi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), yang boleh dihukum di bawah Peraturan 15(1) Peraturan yang sama dibaca bersama Seksyen 23 Kanun Keseksaan. Di bawah pendakwaan ini, jika disabit kesalahan, boleh dikena denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya.

Lima orang yang didakwa telah diikat jamin dengan wang jaminan sebanyak RM1,000 setiap orang. Majistret menetapkan 7 Julai 2020 untuk sebutan kes ini.

Mereka yang didakwa diwakili oleh peguam K. Kunasekaran and K. S. Bawani.

5 orang aktivis pekerja tersebut ditangkap polis pada 2 Jun 2020 apabila mengadakan protes di hadapan Hospital Ipoh untuk menyuarakan bantahan mereka terhadap tindakan syarikat Edgenta UEMS yang memangsakan pekerja-pekerja dan menindas kesatuan sekerja sejak awal tahun ini. Seramai 13 orang aktivis dan pekerja telah menyertai aksi protes tersebut dengan mengambil langkah-langkah pematuhan prosedur operasi standard (SOP), seperti mengambil suhu badan dan menjarakkan diri semasa melakukan aksi. 5 orang yang ditangkap oleh polis telah ditahan di lokap semalaman sebelum di bawah ke hadapan Majistret Ipoh untuk permohonan reman pada 3 Jun 2020. Permohonan reman selama 4 hari oleh pihak polis telah ditolak oleh Majistret dan mereka yang ditahan telah diarahkan untuk dibebaskan pada hari yang sama.

Kesatuan Pekerja-pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan di Hospital Kerajaan Semenanjung Malaysia (KPSPSHKSM) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyeru untuk menggugurkan pendakwaan terhadap 5 orang aktivis yang memperjuangkan hak kesatuan sekerja ini.

3 thoughts on “Aktivis kesatuan didakwa langgar peraturan PKP kerana protes menentang penindasan terhadap kesatuan

  1. Kami juga menyeru untuk mnggugurkan pendakwaan terhadap 5 orang aktivis kesatuan sekerja,mereka berjuang demi menegakkan keadilan mengikut sop PKPB covid19.

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s