Gerakan pekerja pada abad ke-19 telah meninggalkan warisan penting kepada gerakan pekerja selepasnya, dari abad ke-20 hingga abad ke-21. Banyak pencapaian dan pembaharuan yang dapat dinikmati oleh golongan pekerja di banyak negara hari ini, seperti hak mengundi sejagat, hak berkesatuan, hak untuk perundingan bersama, jam kerja sehari yang lebih pendek, hari rehat pada hujung minggu, kesamarataan gender, pencen warga emas, insurans kemalangan tempat kerja, keselamatan tempat kerja, kesihatan awam yang percuma, pendidikan percuma dan sebagainya, merupakan hasil daripada usaha perjuangan yang dimulakan oleh gerakan pekerja pada abad ke-19.
(Galeri gambar) Sambutan Hari Pekerja 1 Mei 2026 di seluruh dunia
Sepintas lalu suasana sambutan Hari Pekerja 2026 di seluruh dunia…
Kenapa kita sambut Hari Pekerja Antarabangsa?
Kita menyambut Hari Pekerja Antarabangsa pada 1 Mei setiap tahun. 1 Mei bukan sekadar hari kelepasan am atau cuti umum untuk “menghargai” sumbangan pekerja-pekerja kepada pembangunan negara, tetapi ia merupakan hari yang penuh bermakna untuk memperingati perjuangan pekerja di seluruh dunia selama ini yang telah membolehkan kita menikmati hak-hak pekerja hari ini, di samping terus mengangkat semangat perjuangan pekerja itu untuk mempertahankan hak-hak pekerja dan memajukan lagi usaha membebaskan masyarakat kita daripada segala bentuk eksploitasi dan penindasan.
India: Pekerja dan petani mogok sehari bantah dasar anti-rakyat
Jutaan orang pekerja dan petani di seluruh negara India mengambil bahagian dalam aksi mogok besar-besaran untuk membantah dasar kerajaan pusat pimpinan Narendra Modi yang anti-pekerja, anti-petani, anti-rakyat dan pro-korporat.
Itali: Pekerja bermogok untuk bersolidariti bersama Palestin
Apa yang berlaku pada 3 Oktober 2025 di Itali merupakan sesuatu yang jarang sekali berlaku sebelum ini, iaitu aksi mogok politik besar-besaran yang mengangkat semangat solidariti antarabangsa dan menentang imperialisme. Ini sesuatu yang memberangsangkan dan memberi inspirasi kepada gerakan pekerja di merata tempat di dunia.
India: 250 juta pekerja dan petani mogok bantah dasar anti-pekerja
Platform Bersama Kesatuan Sekerja Pusat (CTU) menganjurkan aksi mogok sehari di seluruh India untuk membantah dasar-dasar anti-pekerja yang diamalkan oleh kerajaan berhaluan kanan pimpinan Narendra Modi.
Greece: Rakyat bantah dasar yang gadaikan nyawa rakyat kepada keuntungan parasit
Ulang tahun kedua pelanggaran kereta api di Lembah Tempi disambut dengan aksi protes dan mogok yang disertai oleh sekurang-kurangnya 1 juta orang rakyat Greece sehingga melumpuhkan seluruh negara itu.
India: Pekerja Samsung bermogok capai kemenangan pertama
Selepas mengadakan aksi mogok selama 38 hari, pekerja-pekerja kilang Samsung di Tamil Nadu berjaya mendesak pihak pengurusan untuk berunding dan merespon kepada tuntutan mereka.
Solidariti bersama NUBE: Hentikan penindasan pekerja! Berikan ruang untuk pelihara hak pekerja!
PSM bersolidariti bersama Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) yang melancarkan siri piket di seluruh negara untuk mempertahankan hak-hak pekerja daripada dicabuli oleh golongan majikan.
(Galeri gambar) Sambutan Hari Pekerja 1 Mei 2024 di seluruh dunia
Sepintas lalu suasana sambutan Hari Pekerja 2024 di seluruh dunia…
