20200116 - 303419_10150793899489493_1343420934_n
(Gambar arkib)

oleh Mansurni Abadi

Dalam Kecoh Fest kelmarin ada fakta menarik yang saya dapatkan daripada kondisi mahasiswa Malaysia saat ini dan fenomena ini pun ada di negara saya, di sini saya tidak mahu memandang aktivisme mahasiswa Indonesia sebagai contoh ideal bagi aktivisme mahasiswa Malaysia kerana saya mahu aktivism mahasiswa di negara ini memiliki corak yang berbeza daripada negara jirannya.

Kembali kepada fenomena, saya berfikir mahasiswa Malaysia dan Indonesia hari ini sudah terjebak dalam apa yang dihujahkan oleh Slavoj Zizek dengan kesedaran sinis sebuah kondisi di mana kita mengetahui ada suatu kesalahan namun kita memilih untuk tidak bertindak. Hal ni semacam apatisme namun lebih berbahaya dari apatisme kerana bezanya jika apatis kita kurang menyedari, namun yang ini kita menyedari tetapi kita memilih diam.

Kondisi macam ini pun digambarkan oleh Hannah Arendt dalam bukunya bertajuk “Eichman in Jerussalem” dengan apa yang disebut sebagai kecetekan (banality), sebuah kondisi ketidakberfikiran kerana terjebak dalam ideologi yang sesat.

Biasanya kondisi ini tercipta tidaklah semulajadi, ada kejuruteraan sosial (social engineering) di dalamnya. Jika kita tengok pendidikan kita hari ini, semua tempatkan anak muda macam robot yang dibuat untuk berkerja sahaja.

Jika kata kaum kiri, hal ini terjadi kerana adanya proses manufakturisasi pendidikan atau menjadikan lembaga pendidikan atau universiti macam kilang di mana mahasiswa adalah produk semula jadi yang akan diubah menjadi semacam mesin sahaja.

Di sinilah akhirnya muncul ideologi yang sesat tadi. Bagi saya, ideologi yang sesat bukanlah kiri ataupun kanan, tetapi ideologi yang membuat minda takut dan tidak lagi melawan. Ya, ideologi ketakutan ini akhirnya membuat mahasiswa sebagai kaum intelektual gagal melaksanakan peranannya sebagai agen moral, agen perubahan, dan iron stock (penerus kuasa / kepimpinan).

Untuk melawan ini semua, langkah pertama harus keluar dari ketakutan itu tadi, dengan mula menyedari permasalahan yang ada. Proses menyedari masalah ni harus dimulai dengan analisa. Tidak perlulah pelik, mulai membuka sembang-sembang yang berkualiti sebagai tahap sederhana dan  mulailah untuk membaca.

Lalu kemudian berorganisasilah, kerana masalah hanya boleh selesai apabila suara-suara kita yang menyedari saling terhubungkait. Di sini, solidariti sangat penting tidak hanya antara mahasiswa dalam satu universiti sahaja, namun antara universiti.

Hindari egoisme, jangan besar kepala kerana awak berasal dari kampus elit. Mulailah memandang yang lain juga dengan kesetaraan dan hindari sentimen perkauman kerana solidariti perlu kerjasama banyak pihak tidak kisah kaum apapun.

Lalu langkah selanjutnya, konsistenlah dengan yang diperjuangkan. Jangan berhenti hanya kerana satu kes sudah selesai. Ini kerana lawan kita adalah kezaliman, maka kita pun harus sedar ini akan mengambil masa yang panjang..

Kezaliman tidak akan hilang dari muka bumi dan akan bertambah pelik dan teruk jika orang baik diam. Mulailah untuk bersuara, dalam islam dijelaskan tugas manusia adalah menjadi rahmat dan untuk menjadi rahmat perlu mengambil peranam dalam jalbul mashalih wa dar’ul mafasid (mendatangkan kemaslahatan atau manfaat, dan menolak mafsadah atau kerosakan) yang berkonsekuensi dalam upaya terus-menerus untuk melindungi agama (hifdzu ad-din), melindungi akal (hifzu al-aql), menjaga harta (hifdzu al-mal), dan menjaga keturunan serta harga diri (hifdz al-‘irdli wa al-nasl) .

Dalam agama lain pun, mungkin sahaja sama dalam Kristian menjadi garam dan terang sebagai sabda injil “iman dibuktikan dengan perbuatan” dan dalam Hindu dan Budha pun ada ajaran menebar darma dan menolak adarma (kezaliman) sebagai tugas manusia.

Dan yang terakhir, untuk konsisten tidak perlulah memasang sasaran besar. Mulai dari yang mudah dengan keamatan yang kecil, and perkara yang paling penting adalah selangkah demi selangkah, melakukan semua perkara dengan minda rasional bukannya minda emosi.

==========

Mansurni Abadi atau juga dikenali sebagai Adi, ialah pengasas Buku Jalanan Indonesia dan juga aktivis Muhammadiyah Indonesia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *