3 orang aktivis PSM hadir ke IPD Dang Wangi untuk disoal siasat oleh polis kerana penglibatan mereka dalam penyerahan memorandum daripada petani-petani Perak kepada Parlimen pada 12 September 2023.
Hentikan intimidasi! – 3 orang pemimpin PSM dipanggil untuk siasatan
Parlimen ialah simbol demokarsi negara dan rakyat berhak untuk menyerahkan memorandum, petisyen dan mengadakan perhimpunan aman di perkarangan Parlimen. Parlimen juga bukan kawasan larangan yang disenaraikan dalam Jadual Pertama, Akta Perhimpunan Aman 2012.
Aktivis disiasat polis kerana serah memorandum bantah SOSMA
5 orang aktivis telah dipanggil oleh polis untuk disoal siasat kerana terlibat dalam aksi penyerahan memorandum kepada Ahli-ahli Parlimen baru-baru ini berkenaan dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).
Syarat baharu yang ditetapkan polis sekat demokrasi dan kebebasan semasa pilihan raya
Sila biarkan parti-parti politik untuk mengamalkan hak demokratik mereka dan berkempen tanpa sebarang gangguan dan halangan.
5 orang lagi disiasat kerana sidang akhbar pelancaran Kempen Pemulihan Negara
5 orang lagi aktivis PSM dipanggil untuk siasatan polis berkenaan dengan sidang akhbar pelancaran Kempen Pemulihan Negara PSM di Kuala Lumpur pada 22 Mei 2022 yang mengetengahkan tuntutan rakyat mengenai perlindungan sosial, jaminan kerja, perumahan, kesihatan dan penanganan krisis iklim.
“Buang masa dan sekat hak kebebasan berhimpun”: Aktivis PSM disiasat polis kerana aksi tuntut dasar pro-marhaen
Dua orang aktivis PSM dipanggil untuk siasatan polis berkenaan dengan aksi pelancaran Kempen Pemulihan Negara yang diadakan di Kuala Lumpur pada 22 Mei 2022.
“Bazir masa dan sumber polis!”: Penganjur aksi sambutan Hari Pekerja disiasat polis
“Ini memang membazirkan masa dan sumber polis serta dana awam. Kerja tidak penting sebegini adalah membebankan polis,” kata Arutchelvan.
Dilarang berkabung untuk mangsa korban COVID-19?
Penangkapan terhadap aktivis-aktivis yang berkabung untuk mangsa korban COVID-19, merupakan satu lagi intimidasi terhadap rakyat yang cuba bersuara untuk menyatakan ketidakpuasan hati dan mengetengahkan masalah serius yang sedang dihadapi oleh masyarakat kita pada masa kini.
Solidariti #Johor20: Hentikan intimidasi terhadap anak muda dan belia
Realitinya adalah ramai rakyat marhaen telah terkesan akibat daripada kegagalan kerajaan ini dalam menguruskan pandemik walaupun sudah mempunyai pengalaman lebih setahun. Prosedur dan SOP yang sering berubah-ubah serta tidak jelas dan konsisten telah memberikan kesan kepada orang ramai terutamanya peniaga-peniaga kecil serta peniaga bazaar di kampung yang terpaksa menanggung kerugian.
Aktivis disoal siasat polis kerana Himpunan Tuntut Undi 18
KUALA LUMPUR – 30 MAC 2021: Beberapa orang aktivis yang menyertai aksi Himpunan Tuntut Undi 18 pada 27 Mac 2021 di hadapan Bangunan Parlimen telah dipanggil untuk menghadirkan diri ke Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada hari ini untuk disoal siasat oleh polis. 6 orang aktivis telah hadir ke IPD Dang Wangi pada hari … Continue reading Aktivis disoal siasat polis kerana Himpunan Tuntut Undi 18