nik poem.jpg

oleh Nik Aziz Afiq

Di sini,
Kita mengenal kehidupan,
Memulakan pembelajaran,
Membina keluarga aman,
Mencari rezeki Tuhan,
Menyumbang bakti watan,
Menawar khidmat tanpa sekatan.

Di sini,
Kita berkenalan,
Menjalin jaringan persahabatan,
Menyemai benih kenangan,
Meraih detik kejayaan,
Menempuh saat kegagalan,
Mengharung tiap ujian.
Walau berbeza fahaman parti,
Somonyih Tompek Kito,
Walau beragama dengan cara berlainan,
Somonyih Tompek Kito,
Walau berjurang pendidikan dan harta,
Somonyih Tompek Kito,
Walau kadangkala berselisih faham,
Somonyih Tompek Kito.

Selagi itu,
Sebarkanlah kasih sayang,
Eratkanlah genggaman ukhwah,
Tautkan jalinan hati.

Inikan tompek kito.

==========

Nik Aziz Afiq ialah Ahli Jawatankuasa Pusat Pemuda Parti Sosialis Malaysia. Beliau juga merupakan calon PSM untuk Pilihanraya Kecil kawasan DUN Semenyih.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s