Berikut ialah isi kandungan memorandum yang diserahkan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 26 Mac 2025 oleh wakil PSM bersama-sama masyarakat sivil.

Kes terbaru di mana seorang gadis berusia 19 tahun yang berada dalam keadaan kritikal akibat ditikam di belakang kepala di universitinya mendedahkan isu mendesak yang perlu ditangani. Dilaporkan, pelaku itu adalah bekas teman lelakinya yang memutuskan untuk melakukan perbuatan keji itu kerana hubungan mereka telah terputus. Serangan ganas ini adalah sebahagian daripada masalah lebih besar yang terus diabaikan oleh Malaysia, dan kami, Parti Sosialis Malaysia (PSM), amat risau mengenai kelaziman tindakan ganas tersebut.

Pada bulan Januari 2025, Women’s Aid Organisation (WAO) melaporkan 17 panggilan dan mesej mengenai keganasan pasangan intim. Meskipun, peratusan panggilan adalah kecil (4%), statistik ini adalah membimbangkan. Keganasan sebegini ialah satu bentuk penderaan atau keganasan yang berlaku dalam hubungan romantik, walaupun dalam kalangan bekas pasangan. Penderaan ini boleh berbentuk fizikal, mental, reproduktif dan juga melibatkan kewangan. Hal ini menyebabkan mangsa yang terselamat mengalami tekanan jangka panjang seperti kebimbangan dan gangguan tekanan selepas trauma (post-traumatic stress disorder, PTSD). Ia juga boleh terjemah dalam bentuk mengintai dan mengasingkan diri.

Kami menekankan bahawa keganasan pasangan intim adalah jenayah yang tidak diiktiraf di Malaysia, kerana ia tidak dilindungi bawah Akta Keganasan Rumah Tangga (1994). Selain itu, terdapat akses kepada data berkenaan yang tidak mencukupi dan tiada undang-undang yang sesuai untuk melindungi mangsa dan pemandiri. Oleh itu, adalah sukar bagi pihak berkuasa yang berkaitan untuk mengendalikan kes sedemikian dengan kepekaan dan kebertanggungjawaban yang sewajarnya.

Apa yang perlu dibuat?

Oleh itu, PSM mengutarakan beberapa cadangan dasar kepada Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Kementerian Undang-undang dan Pembaharuan Institusi (di bawah Pejabat Perdana Menteri) dan Kementerian Dalam Negeri. Beberapa cadangan dasar ini adalah seperti berikut:

  1. Meminda Akta Keganasan Rumah Tangga (1994) untuk meliputi keganasan pasangan intim;
  2. Lebih banyak sokongan mesti diberikan kepada NGO-NGO yang menyediakan perkhidmatan kaunseling dan sosial untuk mangsa yang terselamat;
  3. Statistik mengenai keganasan pasangan intim mesti dibuat secara telus untuk memastikan kajian dan pelaksanaan dasar yang lebih baik;
  4. Peningkatan kesedaran tentang kebahayaan kandungan serta perkongsian bersifat kebencian dan misoginis yang berterusan dalam atas talian.

PSM menekankan kepentingan mengamalkan pendekatan berfokuskan mangsa dalam menangani keganasan terhadap wanita. Pendekatan ini boleh datang dalam bentuk maklum balas tentang perkhidmatan, cadangan untuk pelaksanaan dasar yang lebih baik, dan cara menambah baik kajian dan meningkatkan kesedaran tentang isu tersebut.

Keganasan terhadap wanita perlu ditangani dengan pantas. Kami juga menyeru peralihan budaya dalam cara lelaki melihat wanita. Kaitan antara patriarki dan keganasan adalah trend yang semakin meningkat, terutamanya dengan peningkatan kandungan berunsur misoginis dalam atas talian seperti Andrew Tate, Dr Jordan Peterson dan Fresh and Fit. Ini menyemarakkan kebencian terhadap wanita melalui penyebaran misogini dan stereotaip berbahaya terhadap wanita.

Walaupun para pencipta kandungan (lebih dikenali sebagai content creators) mengelak tanggungjawab terhadap retorik berbahaya mereka, tidak dapat dinafikan bahawa retorik content creators tersebut juga bertanggungjawab terhadap keganasan pasangan intim. Kami menggesa usaha advokasi diteruskan ke arah menamatkan keganasan terhadap wanita secara menyeluruh. Kami berharap mangsa-mangsa yang terselamat mencari jalan keluar yang mereka perlukan.

Memorandum ini disokong oleh organisasi-organisasi dan individu-individu berikut:

  1. Women’s Aid Organisation (WAO)
  2. KRYSS Network
  3. HAYAT
  4. Aliran
  5. Kemban Kolektif
  6. Federasi Pemuda Kebangsaan (FEDERASI)
  7. BERSIH
  8. Rekod Media
  9. Jurnal Sang Pemula
  10. Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER)
  11. Himpunan Advokasi Rakyat Malaysia (HARAM)
  12. Women’s Centre for Change, Penang (WCC)
  13. Sisters in Islam (SIS)
  14. North South Initiative
  15. All Women’s Action Society (AWAM)
  16. Sembada Bersama Indonesia
  17. Koalisi Buruh Migran Berdaulat (Indonesia)
  18. Angkatan Kesatuan Siswa Sosialis (AKSI): Malaysia
  19. Kelab Sosialis UKM
  20. Suara Siswa UiTM
  21. Young Lives Development Center Malaysia
  22. Family Frontiers
  23. Kolektif Feminis Malaysia
  24. Pertubuhan Siragugal

Individu:

  1. Mustaqim Badrul Hisham
  2. Vaneezha Muniandi
  3. Dr. Maimuna Merican
  4. Wan Mohd Hafiz Wan Daud
  5. Nor Jasmin Ithnin
  6. Wan Mohd Amzar Wan Mohd Zain
  7. Jegan Jeyapalan
  8. Mohd Haiqal Hariri Bin Mohd Wasi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *