Langkah-langkah tambahan untuk kawal wabak COVID-19 – Syor daripada Forum Kesihatan Rakyat

Wakil daripada Forum Kesihatan Rakyat (People’s Health Forum) telah menyerahkan satu memorandum kepada Pejabat Perdana Menteri Malaysia pada 20 Mac 2020, yang mengemukakan cadangan mengenai langkah-langkah tambahan yang harus dilaksanakan untuk mengawal wabak Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19).  Memorandum tersebut disokong oleh 52 buah organisasi dan 56 orang individu. Forum Kesihatan Rakyat ialah satu inisiatif yang … Continue reading Langkah-langkah tambahan untuk kawal wabak COVID-19 – Syor daripada Forum Kesihatan Rakyat

Syarat untuk kilang beroperasi semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (Mac 2020)

Dalam satu penerangan soalan-soalan lazim (FAQ) yang diterbitkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) pada 19 Mac 2020 untuk menjawab persoalan mengenai operasi di sektor industri dan perkilangan di sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, adalah dinyatakan hanya industri kritikal / kilang terpilih sahaja yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh penguatkuasaan PKP, tertakluk kepada kelulusan MITI. … Continue reading Syarat untuk kilang beroperasi semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (Mac 2020)

Soalan Lazim (FAQ) mengenai isu pekerjaan dan perburuhan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan

Kementerian Sumber Manusia (KSM) telah menerbitkan satu set jawapan kepada soalan-soalan lazim mengenai isu pekerjaan dan perburuhan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (18-31 Mac 2020) yang bertujuan untuk membendung penularan wabak COVID-19. Berikut ialah isi kandungan penuh maklumat tentang soalan-soalan lazim ini: Soalan Lazim (FAQ) Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Kementerian Sumber Manusia, 19 Mac 2020 1. Jika … Continue reading Soalan Lazim (FAQ) mengenai isu pekerjaan dan perburuhan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan

(Komik) Lawan COVID-19: Tanggungjawab kita bersama

Usaha melawan penularan wabak Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) ialah tanggungjjawab kita bersama. Perintah Kawalan Pergerakan telah diisytiharkan di seluruh Malaysia selama dua minggu (18-31 Mac 2020), kerana situasi wabak COVID-19 yang semakin membimbangkan. Ini bukan sahaja perjuangan kakitangan perubatan di barisan hadapan untuk mengesan dan merawat mereka yang dijangkiti virus COVID-19, tetapi semua rakyat memainkan … Continue reading (Komik) Lawan COVID-19: Tanggungjawab kita bersama

Perintah Kawalan Pergerakan dan soalan lazim pekerja

1. Bolehkah majikan boleh meminta pekerja untuk mengambil Cuti Tahunan (annual leave) semasa tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan? Tidak boleh. Jika dipaksa, pekerja boleh membuat aduan di JabatanTenaga Kerja (JTK) berdekatan. 2. Bolehkah majikan meminta pekerja untuk mengambil cuti tidak berbayar (unpaid leave) semasa tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan? Majikan tidak boleh mengarahkan pekerja untuk … Continue reading Perintah Kawalan Pergerakan dan soalan lazim pekerja

MKN perlu tindak secara berkesan dan dapatkan nasihat profesional KKM

oleh Dr. Jeyakumar Devaraj Situasi wabak COVID-19 di negara kita sedang berada pada tahap yang kritikal. Perhimpunan keagamaan beramai-ramai yang melibatkan ribuan penganut seperti yang diadakan di Sri Petaling dan Batu Ferringhi tidak patut berlaku pada masa ini. Peningkatan kes yang mendadak sudah bermula kerana perhimpunan tersebut. Oleh kerana itu, Perintah Kawalan Pergerakan yang diisytihar oleh … Continue reading MKN perlu tindak secara berkesan dan dapatkan nasihat profesional KKM

Perintahan Kawalan Pergerakan untuk bendung wabak COVID-19

Dengan penularan wabak Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) yang semakin serius di negara kita, Kerajaan Malaysia mengisytihar pada 16 Mac 2020 untuk pelaksanaan Perintahan Kawalan Pergerakan bermula pada 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020. Perintahan Kawalan Pergerakan yang berkuatkuasa di seluruh Malaysia ini bertujuan untuk meminimumkan pergerakan rakyat dari satu tempat ke satu tempat yang … Continue reading Perintahan Kawalan Pergerakan untuk bendung wabak COVID-19

Wabak penyakit dan kapitalisme

Tirai kapitalisme dibuka dengan penularan wabak Pada tahun 1545-1548, sejenis wabak penyakit demam berdarah yang dikenali sebagai Cocoliztli merebak di wilayah Sepanyol Baru (Nueva España), iaitu tanah jajahan Empayar Sepanyol pada masa itu di kawasan Mexico hari ini, dianggarkan telah membunuh seramai 5 juta hingga 15 juta orang penduduk masyarakat orang asal tempatan, ataupun bersamaan … Continue reading Wabak penyakit dan kapitalisme

COVID-19 dan cuti tanpa gaji – Jangan mangsakan pekerja

oleh M. Sivaranjani Parti Sosialis Malaysia (PSM) sedar bahawa situasi wabak COVID-19 yang menjadi satu ancaman bencana serius sekarang harus ditangani dengan segera. Ia sedang merebak cepat. Sehingga 16 Mac 2020, sudah lebih 500 orang dikenalpasti telah dijangkiti virus COVID-19 dan perlu menjalani rawatan. Pada masa ini, semua orang harus berganding bahu untuk menjaga kesihatan … Continue reading COVID-19 dan cuti tanpa gaji – Jangan mangsakan pekerja

“Keagungan” COVID-19: Perkauman, Polisi & Politik

oleh S. Arutchelvan PSM ingin menyatakan penghargaan yang tidak terhingga kepada para jururawat, doktor, pekerja makmal, pekerja pembersihan, pngawal keselamatan dan semua insan lain yang bekerja di dalam sektor kesihatan di seluruh negara atas dedikasi, pengorbanan dan ketabahan anda semua dalam memerangi wabak virus COVID-19. Terima kasih kepada semua. Wabak COVID-19 melanda seluruh dunia tanpa mengira … Continue reading “Keagungan” COVID-19: Perkauman, Polisi & Politik