WHO isytihar COVID-19 sebagai Pandemik

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytihar pada 11 Mac 2020 bahawa wabak Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) boleh disifatkan sebagai “Pandemik”, iaitu kejadian wabak besar-besaran yang merebak seantero dunia dan melibatkan populasi yang besar. Ini merupakan pandemik pertama yang disebabkan oleh koronavirus (wabak SARS yang juga disebabkan oleh jangkitan koronavirus pada tahun 2002-2003 hanya dikategorikan sebagai epidemik). … Continue reading WHO isytihar COVID-19 sebagai Pandemik

Wabak COVID-19: Dasar kapitalis tiada guna untuk hadapi ancaman kesihatan awam

Wabak Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19), telah menjadi tumpuan dunia hampir dua bulan kebelakangan ini, dan membunyikan loceng amaran kepada kesihatan rakyat sedunia. Wabak yang bermula dari bandaraya Wuhan di negara China pada bulan Disember 2019 ini, telah merebak ke seluruh negara China dan juga sudah lebih 30 buah negara atau wilayah di peringkat dunia. Pertubuhan … Continue reading Wabak COVID-19: Dasar kapitalis tiada guna untuk hadapi ancaman kesihatan awam

Wabak Koronavirus 2019-nCoV: Darurat Kesihatan Awam Global terbaru

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytihar Darurat Kesihatan Awam yang Membimbangkan Antarabangsa (Public Health Emergency of International Concern, PHEIC) terhadap penularan wabak koronavirus baru, 2019-nCoV, yang tercetus di bandaraya Wuhan di China dan sedang menular di dalam dan luar negara China sekarang ini. Pengisytiharan ini dibuat selepas mesyuarat kedua Jawatankuasa Kecemasan yang dipanggil oleh Ketua … Continue reading Wabak Koronavirus 2019-nCoV: Darurat Kesihatan Awam Global terbaru

Wabak 2019-nCoV: Lawan wabak dengan kesedaran sivik bukannnya panik

Wabak Koronavirus Baru 2019-nCoV, atau juga dikenali sebagai Wabak Koronavirus Wuhan kerana ia paling awal ditemui di bandaraya Wuhan di China, sedang merebak bukan sahaja di bandaraya Wuhan dan Wilayah Hubei di China, tetapi di banyak tempat di dalam dan di luar negara China. Setakat 28 Januari 2020, dilaporkan seramai lebih 4600 orang telah disahkan … Continue reading Wabak 2019-nCoV: Lawan wabak dengan kesedaran sivik bukannnya panik