20200223 - coronavirus-2

Dalam satu penerangan soalan-soalan lazim (FAQ) yang diterbitkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) pada 19 Mac 2020 untuk menjawab persoalan mengenai operasi di sektor industri dan perkilangan di sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, adalah dinyatakan hanya industri kritikal / kilang terpilih sahaja yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh penguatkuasaan PKP, tertakluk kepada kelulusan MITI.

Syarikat yang berkenaan mesti memohon kelulusan khas untuk meneruskan operasi kilang semasa Perintah Kawalan Pergerakan. Syarikat yang diluluskan akan diberi Surat Kelulusan oleh MITI untuk beroperasi, tertakluk kepada syarat-syarat yang senaraikan di bawah:

  1. Syarikat hendaklah mengurangkan bilangan pekerja kepada tahap paling minimum atau sekurang-kurangnya sebanyak 50% daripada jumlah semasa atau yang berdaftar, bagi pengeluaran di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Syarikat hendaklah mewujudkan sistem bekerja dari rumah bagi pekerja yang tidak terlibat dengan aktiviti pengilangan yang kritikal.
  1. Syarikat dikehendaki untuk memenuhi permintaan dan keperluan produk keluaran atau perkhidmatan bagi pasaran tempatan sepenuhnya.
  1. Syarikat hendaklah mengemukakan kepada MITI senarai pekerja yang terlibat semasa tempoh PKP dan memastikan pergerakan pekerja terbabit hanya terhad dari rumah ke kilang/premis.
  1. Syarikat hendaklah menyediakan alat saringan suhu badan, dan mengambil bacaan suhu badan pekerja pada setiap hari di pintu masuk kilang/premis. Bacaan bagi setiap pekerja hendaklah direkod dan disimpan untuk rujukan.
  1. Sekiranya suhu badan didapati melebihi paras biasa, syarikat hendaklah menghubungi Pejabat Kesihatan atau Hospital Kerajaan terdekat.
  1. Semua pekerja hendaklah mematuhi prosedur pencegahan COVID-19 yang telah ditetapkan oleh KKM yang dikeluarkan dari masa ke semasa.
  1. Syarikat hendaklah menyediakan hand sanitizer di pintu masuk dan tempat-tempat lain yang berkaitan dalam kilang/premis, serta memastikan pemakaian face mask oleh setiap pekerja.
  1. Proses sanitasi dan pembersihan perlu dilaksanakan tiga (3) kali sehari terutamanya di kawasan umum (common spaces) seperti lobi, lif, cafeteria, bilik-bilik mesyuarat, surau, bas/pengangkutan pekerja dan pusat rekreasi tertutup.
  1. Syarikat hendaklah menjalankan proses sanitasi pembasmian kuman di kilang/premis sebelum setiap syifatau operasi bermula.
  1. Syarikat hendaklah memastikan kenderaan pekerja telah menjalani proses sanitasi dan pembasmian kuman setiap kali sebelum digunakan.
  1. Syarikat hendaklah memastikan garis panduan amalan terbaik penjarakan sosial (social distancing)disediakan dan dilaksanakan khususnya di kawasan-kawasan pengeluaran fasiliti (production floor); cafeteria/kantin; bilik-bilik mesyuarat; surau dan dewan serba guna (multipurpose hall).
  1. Sekiranya terdapat pekerja yang dijangkiti COVID-19, syarikat adalah bertanggungjawab menanggung sepenuhnya semua kos perubatan, proses nyah cemar premis, dan lain-lain kos yang berkaitan.
  1. Kerajaan ingin menegaskan bahawa kelulusan ini boleh dibatalkan dan ditarik balik, sekiranya syarat-syarat yang ditetapkan tidak dipatuhi oleh pihak syarikat/industri.
  1. Kerajaan berhak untuk meminda syarat-syarat di atas tertakluk kepada situasi semasa.

**********

Senarai produk yang dikategorikan sebagai keperluan kritikal dan boleh meneruskan operasi pengeluaran sepanjang temph Perintah Kawalan Pergerakan

A. Senarai barang penting yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan (KKM)

  1. Makanan dan minuman termasuk barang-barang yang diimport
  • Beras
  • Gula
  • Minyak sayuran dan lemak haiwan
  • Tepung dan bijirin
  • Roti
  • Air
  • Produk tenusu – susu dan formula bayi
  • Rempah ratus
  • Makanan kering
  • Kopi dan teh
  • Makanan dalam tin
  • Daging
  • Ayam
  • Makanan haiwan / ternakan
  • Proses buah dan sayuran
  1. Pertanian dan perikanan, termasuk import
  • Ikan dan makanan laut
  • Buah-buahan
  • Sayur-sayuran
  1. Produk barangan rumah
  • Bahan pencuci
  • Bahan pembasmi kuman
  • Sanitisers
  • Barang penjagaan diri
  • Tisu tandas dan kertas tisu
  1. Peralatan Perlindungan Peribadi (Personal Protective Equipment– PPE) termasuk Peralatan Keselamatan Kebakaran dan Pakaian Perubatan termasuk topeng muka, sarung tangan getah.
  2. Farmaseutikal – semua bahan kimia dan ubat-ubatan
  3. Bahan pembungkusan dan percetakan, termasuk dakwat
  4. Peranti perubatan dan pembedahan
  5. Bahagian untuk alat perubatan misalnya bahagian untuk ventilator

B. Senarai produk yang merupakan sebahagian daripada rantaian bekalan produk penting bagi pengecualian Sekatan Pergerakan 

  1. Minyak dan Gas
  2. Petrokimia
  • Resin PTA & PET
  • Serat poliester & filamen
  • Polypropylene & polyethylene
  • Resin ABS & MABS
  • Maleic Anhydride
  • Resin Pes PVC (PVC Paste Resins)
  • Expanded EPE
  • Impact modifiers & processing aids
  • Styrene Monomer
  • Styrene Butadiene Latex
  • Polystyrene
  1. Bahan dan produk kimia – baja dan racun
  2. Elektrikal & Elektronik (E&E) termasuk semikonduktor

8 thoughts on “Syarat untuk kilang beroperasi semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan

  1. Syarikat ditarik balik kelulusannya dari MITI kerana pelanggaran syarat. Syarikat memberhentikan operasi dan kemudian ia telah memanggil sebilangan pekerja untuk melakukan kerja siap siaga. Pihak syarikat tidak memohon pada Miti tetapi telah menghantar nama pekerja yg diperlukan ke majlis perbandaran utk mendapatkan surat perjalanan ke tempat kerja. Bolehkah syarikat berbuat begitu dan apa yg patut dilakukan oleh pekerja yang terlibat

    Like

  2. Boleh atau tidak kilang pencetakan yang tidak ada kaitan dengan sektor makanan beroperasi 24 jam. Dari PKP pertama sehingga PKP kedua dilaksanakan masih beroperasi.
    Apa no talipon yang saya boleh hunungi.
    T.kasih

    Like

  3. Bagaimanakah kita nak memastikan syarikat berkenaan betul2 dapat pelepasan atau kebenaran daripada pihak berkenaan beroprasi..bukti yang sahih?
    Contoh surat kebenaran yang asli dari kementerian?

    Like

    1. syarikat tiada surat kelulusan MITI.syarikat adalah sayarikat kawalan serangga. saya sebagai kerani akaun patutkah dipaksa berkerja? majikan hanya keluarkan surat kebenaran pergerakan dari rumah ke pejabat dan tiada cop balai polis. alasan majikan adalah kerana ‘ essential services’.syarikat juga tiada buat saringan suhu badan dan tiada buat pembasmi kuman dipejabat.apa perlu saya buat?

      Like

  4. Salam…sebelum pkp bermula, saya telah menempah pintu pagar rumah,pintu dapur untuk di ganti. Sekarang keadaan rumah saya tidak berpintu, saya berasa risau keadaan rumah saya pada masa kini. Keselamatan keluarga haruslah diutamakan…kerana dalam tempoh pkp ini, kejiranan saya banyak berlaku kecurian dan kes pecah rumah..soalan saya ini bolehkah pihak kedai pintu memasang pintu di rumah saya… (ini melibatkan soal keselamatan keluarga saya)

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s