Venezuela: Rakyat memobilisasi untuk bantah sekatan AS

Ratusan ribu rakyat Venezuela turun ke jalanan bandar Caracas pada 10 Ogos 2019 untuk membantah sekatan ekonomi oleh Amerika Syarikat (AS) yang telah membawa kesengsaraan hebat kepada rakyat Venezuela. Pelajar-pelajar, pekerja-pekerja, kakitangan-kakitangan awam dan anggota-anggota tentera berarak secara bersama dalam aksi menolak sekatan ekonomi, kewangan dan perdagangan yang dikenakan oleh Kerajaan AS pimpinan Donald Trump. … Continue reading Venezuela: Rakyat memobilisasi untuk bantah sekatan AS

Marta Harnecker (1937-2019): Intelek yang dedikasikan hidupnya kepada pembebasan rakyat

"Kita perlukan golonggan kiri yang menyedari bahawa menjadi radikal bukannya terdiri daripada membangkitkan slogan yang paling militan atau melakukan aksi yang paling ekstrim - dengan hanya beberapa orang sahaja bersetuju, dan menakutkan majoriti - tetapi sebaliknya berkeupayaan dalam mewujudkan ruang untuk sektor-sektor yang seluas mungkin bagi bertemu dan bergabung tenaga dalam perjuangan. Kesedaran bahawa jumlah … Continue reading Marta Harnecker (1937-2019): Intelek yang dedikasikan hidupnya kepada pembebasan rakyat

Venezuela: Cubaan kudeta tentera gagal, ancaman masih berterusan

Puak berhaluan kanan di Venezuela melancarkan satu kudeta tentera pada 30 April 2019, sebagai usaha terbaru mereka untuk menjatuhkan Kerajaan Bolivar pimpinan Nicolás Maduro, tetapi nampaknya gagal mencapai matlamat pada ketika ini. Pada 30 April 2019,  Juan Guaidó, pemimpin puak berhaluan kanan yang menggelar dirinya sebagai “Presiden Sementara” telah menyeru anggota tentera di Venezuela untuk … Continue reading Venezuela: Cubaan kudeta tentera gagal, ancaman masih berterusan

Aksi solidariti: Hentikan campurtangan imperialis AS di Venezuela

KUALA LUMPUR – 16 MAC 2019: Seruan membantah perang berkumandang di Jalan Tun Razak yang sibuk pada hari ini, ketika aktivis-aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengadakan satu aksi protes di hadapan Kedutaan Besar Amerika Syarikat (AS) di Kuala Lumpur, untuk menyatakan bantahan terhadap ancaman campurtangan tentera oleh AS terhadap Venezuela. Aksi ini diadakan bersempena dengan … Continue reading Aksi solidariti: Hentikan campurtangan imperialis AS di Venezuela

Bantah rampasan kuasa di Venezuela yang didukung imperialis AS

KUALA LUMPUR: Pemuda PSM telah mengadakan satu aksi solidariti di hadapan Kedutaan Venezuela di Malaysia pada 28 Januari 2019, bagi menyuarakan sokongan kepada rakyat Venezuela yang sedang melawan cubaan rampasan kuasa oleh puak berhaluan kanan yang didukung oleh imperialis Amerika Syarikat. Selain aktivis-aktivis Permuda PSM, turut hadir dalam aksi solidariti semalam termasuk Sivarajan Arumugam (Setiausaha … Continue reading Bantah rampasan kuasa di Venezuela yang didukung imperialis AS

Venezuela: Imperialis AS iktiraf Presiden haram

  Kerajaan Amerika Syarikat (AS) pimpinan Donald Trump sedang menyokong usaha rampasan kuasa terbaru di Venezuela, dengan mengiktiraf Juan Guaido, pemimpin puak pembangkang berhaluan kanan di Venezuela, sebagai “Presiden Sementara” untuk negara tersebut. Tindakan ini menjadikan krisis politik di Venezuela bertambah buruk lagi, bersesuaian dengan niat imperialis AS untuk menghancurkan proses Revolusi Bolivar yang pro-pekerja … Continue reading Venezuela: Imperialis AS iktiraf Presiden haram

Venezuela: Proses demokrasi yang tidak diiktiraf kuasa imperialis

Nicolas Maduro telah dipilih semula sebagai Presiden Republik Bolivar Venezuela untuk satu penggal lagi dalam Pilihanraya Presiden yang berlangsung pada 20 Mei lalu. Pilihanraya Presiden Venezuela terbaru ini, berlangsung dalam suasana ancaman kuasa imperialis yang hebat dan krisis ekonomi yang berlarutan. Negara Venezuela yang digambarkan oleh kuasa-kuasa imperialis yang dipimpin Amerika Syarikat (AS) sebagai sebuah … Continue reading Venezuela: Proses demokrasi yang tidak diiktiraf kuasa imperialis