Venezuela dilanda krisis politik baharu apabila puak berhaluan kanan di negara itu mencuba untuk merampas kuasa sekali lagi dengan mempertikaikan keputusan Pilihan Raya Presiden. Puak berhaluan kanan telah menghasut orang ramai untuk berprotes membantah kerajaan pimpinan Nicolás Maduro, sementara rakyat Venezuela yang mendukung Revolusi Bolivar turut bermobilisasi untuk mempertahankan kerajaan Maduro daripada digulingkan oleh kuasa pelampau kanan.
Hugo Chávez (1954-2013): Peneraju anti-imperialisme dan Sosialisme Abad ke-21
Rencana khas sempena ulangtahun ke-10 pemergian Hugo Chávez.
Cubaan kudeta April 2002 di Venezuela: Kuasa rakyat tewaskan kudeta dalam 47 jam
Rencana khas sempena ulangtahun ke-20 peristiwa cubaan kudeta pada 11-13 April 2002 di Venezuela yang ditewaskan oleh rakyat yang mempertahankan Revolusi Bolivar.
Venezuela: PSUV menang besar dan tamparan kepada imperialis AS
Selepas empat tahun yang penuh campurtangan kuasa imperialis Amerika Syarikat (AS) dengan sekatan ekonomi, sabotaj, cubaan rampasan kuasa, cubaan pembunuhan dan pencerobohan tentera upahan, rakyat Venezuela telah mengundi untuk Perhimpunan Kebangsaan yang baru dalam pilihanraya umum yang diadakan pada 6 Disember 2020. Pilihanraya Parlimen Venezuela diadakan pada 6 Disember 2020, untuk memilih 277 orang perwakilan … Continue reading Venezuela: PSUV menang besar dan tamparan kepada imperialis AS
Venezuela: Pilihanraya dan anti-imperialisme
Pilihanraya parlimen Venezuela yang akan diadakan dalam keadaan menghadapi kesulitan yang hebat, merupakan satu langkah penting dalam usaha pemulihan demokratik terhadap institusi negara itu daripada ancaman golongan pembangkang berhaluan kanan yang disokong oleh imperialis Amerika Syarikat (AS). Rakyat Venezuela akan mengundi pada 6 Disember 2020 akan datang ini, untuk memilih 277 orang perwakilan ke dalam … Continue reading Venezuela: Pilihanraya dan anti-imperialisme
Venezuela lancar Institut Simón Bolívar untuk Keamanan dan Solidariti antara Rakyat
Kerajaan Bolivar Venezuela melancarkan “Institut Simón Bolívar untuk Keamanan dan Solidariti antara Rakyat” pada 6 September 2020, sebagai usaha terbaru untuk membina dan memperkukuhkan hubungan solidariti antara perjuangan rakyat di Venezuela, benua Amerika Latin dan seluruh dunia. Acara pelancaran telah diadakan secara atas talian dan disiarkan secara langsung melalui saluran Youtube institut tersebut. 6 September 2020, menandakan ulangtahun ke-205 … Continue reading Venezuela lancar Institut Simón Bolívar untuk Keamanan dan Solidariti antara Rakyat
Venezuela: Gabungan parti politik kiri baru dibentuk untuk tanding Pilihanraya Parlimen
Parti Komunis Venezuela (Partido Comunista de Venezuela, PCV) dan “Tanahair untuk Semua” (Patria Para Todos, PPT), dua buah parti berhaluan kiri yang menyokong Kerajaan Venezuela pimpinan Nicolás Maduro, telah mengumumkan bahawa mereka akan membentuk gabungan politik baru untuk bertanding dalam Pilihanraya Parlimen Venezuela yang akan diadakan pada 6 Disember 2020. Selain dua parti berhaluan kiri, … Continue reading Venezuela: Gabungan parti politik kiri baru dibentuk untuk tanding Pilihanraya Parlimen
Hentikan sekatan ekonomi, selamatkan nyawa!
Sekatan ekonomi yang dikenakan oleh kuasa imperialis Amerika Syarikat (AS) ke atas negara-negara yang tidak sehaluan dengannya sedang mengganggu usaha negara-negara tersebut dalam menghadapi ancaman pandemik COVID-19. “Pengenaan sekatan ekonomi melumpuhkan yang berterusan menjejaskan secara teruk hak asasi rakyat biasa untuk mendapatkan makanan yang mencukupi,” begitu katanya Hilal Elver, Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengenai Hak … Continue reading Hentikan sekatan ekonomi, selamatkan nyawa!
AS masih mahu ancam Venezuela pada ketika pandemik global
Walaupun negara Amerika Syarikat (AS) merupakan negara yang paling teruk dilanda wabak COVID-19, dengan jumlah kes positif jangkitan COVID-19 telah mencecah lebih 300 ribu orang, menjadikannya negara dengan paling banyak kes COVID-19 yang disahkan, tetapi kerajaan AS di bawah pimpinan Donald Trump masih meneruskan sikap pembulinya terhadap negara-negara yang tidak sehaluan dengan kepentingan imperialis AS. … Continue reading AS masih mahu ancam Venezuela pada ketika pandemik global
Deklarasi Persidangan Sedunia Menentang Imperialisme 2020
Persidangan Sedunia Menentang Imperialisme telah diadakan pada 22-24 Januari 2020 di Caracas, Venezuela. Lebih 400 orang wakil daripada parti-parti politik dan gerakan sosial dari 70 buah negara, bersama dengan lebih 1,000 orang dari Venezuela, berhimpun dalam program yang bertemakan “Demi kehidupan, kedaulatan dan kedamaian” ini. Persidangan ini diadakan sebagai satu manifestasi menentang dasar imperialis dan … Continue reading Deklarasi Persidangan Sedunia Menentang Imperialisme 2020