Revolusi Inggeris ialah revolusi borjuis yang hebat selepas Pemberontakan Belanda dan sebelum Revolusi Perancis yang akan berlaku lebih satu abad kemudian. Ia merupakan perjuangan kelas yang hebat antara kelas pemerintah feudal yang lama (raja, golongan bangsawan lama dan golongan tuan tanah feudal) dan kelas borjuis yang baharu muncul pada masa itu (seperti golongan pedagang, golongan gentri dan golongan pemilik tanah yang bukan keturunan bangsawan lama) yang disokong oleh kelas-kelas sosial menengah serta bawahan (seperti golongan petani kecil, golongan pemilik harta kecil, tukang-tukang dan askar-askar bawahan).
UK: Pekerja mogok tuntut gaji mampu sara hidup
Lebih 500,000 orang pekerja di negara UK bermogok pada 1 Februari 2023 untuk memperjuangkan gaji mampu sara hidup dalam keadaan kos sara hidup semakin meningkat.
UK: Mogok pekerja kereta api lawan dasar “penjimatan”
Pekerja-pekerja kereta api di UK mengadakan mogok untuk menuntut kenaikan gaji dan membantah pengurangan tenaga kerja oleh syarikat kereta api yang mengutamakan keuntungan.
Ireland Utara: Sinn Féin capai kemenangan bersejarah
Sinn Féin muncul sebagai parti nasionalis Ireland yang pertama menang paling banyak kerusi Dewan Undangan Ireland Utara dalam pilihanraya terbaru di wilayah tersebut. Ini merupakan satu kemenangan yang bersejarah bagi gerakan politik nasionalis republikan di Ireland Utara.
Pemimpin dunia digesa jangan gagal lagi dalam tangani krisis iklim
100,000 orang berprotes di Glasgow pada 6 November 2021, di samping ratusan aksi di seluruh dunia, untuk menyatakan kemarahan rakyat terhadap kegagalan pemimpin-pemimpin dunia dalam menangani masalah krisis iklim secara berkesan.
AUKUS mengancam keamanan Asia-Pasifik
Pembentukan AUKUS bakal mencetuskan persaingan persenjataan. Rantau Asia-Pasifik menjadi semakin tidak selamat kerana “pakatan keselamatan” antara kuasa besar.
Gelombang protes Black Lives Matter cabar warisan sejarah eksploitasi penjajah
Gelombang protes yang dicetuskan oleh kematian George Floyd, bermula sebagai aksi bantahan tempatan di kawasan metropolitan Minneapolis-Saint Paul di negeri Minnesota, Amerika Syarikat (AS), tetapi merebak ke seluruh negara AS dengan pantasnya dan turut mencetuskan protes solidariti yang menyatakan sokongan kepada gerakan Black Lives Matter (Nyawa Orang Kulit Hitam Penting) di suluruh dunia. Aksi-aksi protes ini … Continue reading Gelombang protes Black Lives Matter cabar warisan sejarah eksploitasi penjajah
Pilihanraya Umum UK 2019: BREXIT! BREXIT! BREXIT!
Pilihanraya Umum United Kingdom (UK) atau Britain, yang diadakan pada 12 Disember 2019, bagaikan satu lagi referendum yang mengesahkan Brexit (negara Britain keluar dari Kesatuan Eropah) tanpa memerlukan undi majoriti. Brexit, menjadi satu-satunya kata kunci untuk pilihanraya umum UK kali ini, bukan sahaja pencetusnya, tetapi mendominasi naratif seluruh kempen pilihanraya, dan memberi impak kepada keputusan … Continue reading Pilihanraya Umum UK 2019: BREXIT! BREXIT! BREXIT!
UK: Parti Buruh lancar manifesto pilihanraya yang paling radikal
Parti Buruh (Labour Party) di Britain yang dipimpin oleh Jeremy Corbyn, telah melancarkan manifesto pilihanraya yang paling radikal untuk parti tersebut sejak tahun 1940-an, dengan janji membawa perubahan transformatif untuk rakyat Britain, termasuk mencabar golongan berkuasa yang mahakaya, menyelamatkan sistem kesihatan daripada penswastaan dan berusaha untuk menangani krisis iklim dengan revolusi industri hijau. Manifesto Parti … Continue reading UK: Parti Buruh lancar manifesto pilihanraya yang paling radikal
Pilihanraya Parlimen Eropah: Imbangan kuasa baru dalam Eropah yang berpecah-pecah?
Pilihanraya Parlimen Eropah baru-baru ini menyaksikan penurunan sokongan kepada parti-parti tradisional utama daripada blok berhaluan kanan dan blok demokrat sosial yang berhaluan kiri tengah, sementara blok liberal yang berhaluan tengah, blok nasionalis yang berhaluan pelampau kanan, dan blok politik hijau yang memperjuangkan perlindungan alam sekitar dapat meningkatkan kerusi dalam jumlah yang signifikan. Cabaran untuk blok … Continue reading Pilihanraya Parlimen Eropah: Imbangan kuasa baru dalam Eropah yang berpecah-pecah?