Walaupun perhimpunan massa telah diharamkan di bawah undang-undang darurat koronavirus di Thailand, tetapi masih terdapatnya ribuan rakyat Thailand yang berani tampil ke hadapan dan berhimpun pada 18 Julai 2020 di Bangkok, untuk menuntut penggubalan perlembagaan baru, pilihanraya baru dan pemansuhan undang-undang yang represif di negara itu. Demonstran yang terdiri daripada kebanyakannya anak-anak muda telah berkumpul … Continue reading Thailand: Protes tuntut kebebasan politik, perlembagaan baru dan pengunduran Prayut
Aktivis Thailand diculik di Kemboja
Wanchalearm Satsaksit, seorang aktivis politik dari Thailand yang tinggal di Kemboja, telah diculik oleh sekumpulan lelaki yang bersenjata pada 4 Jun 2020. Kejadian penculikan Wanchalearm Satsaksit itu berlaku di hadapan pangsapuri yang dihuninya di Phnom Penh, ibu negara Kemboja. Wanchalearm Satsaksit telah diheret ke dalam sebuah kereta hitam, dan tiada berita tentangnya sejak itu. Wanchalearm … Continue reading Aktivis Thailand diculik di Kemboja
Thailand: Parti anti-tentera dibubarkan mahkamah
Walaupun Thailand tidak lagi diperintah oleh kediktatoran tentera secara rasminya, tetapi kekuasaan kediktatoran tentera masih bertapak kukuh di negara itu, dengan bukti terbarunya adalah parti politik yang paling lantang bersuara menentang kekuasaan tentera telah dibubarkan oleh mahkamah dan pemimpinnya dilarang daripada mengambil bahagian dalam politik untuk 10 tahun. Mahkamah Perlembagaan Thailand memutuskan pada 21 Februari … Continue reading Thailand: Parti anti-tentera dibubarkan mahkamah
Thailand: Protes besar-besaran kembali lagi untuk perjuangan demokrasi yang belum selesai
Ribuan orang membanjiri jalanan di sekeliling pusat beli-belah MBK Centre yang terletak di pusat bandaraya Bangkok pada 14 Disember 2019, untuk menyertai aksi protes massa yang terbesar sejak tahun 2014. Protes ini diadakan berikutan Suruhanjaya Pilihanraya Thailand bertindak untuk mengharamkan Parti Maju Masa Depan (Future Forward Party), parti politik yang paling lantang bersuara dalam menentang … Continue reading Thailand: Protes besar-besaran kembali lagi untuk perjuangan demokrasi yang belum selesai