China: Aktivis yang prihatin pada pekerja pembersihan ditangkap

(Kemaskini 23 Disember 2019: Aktivis buruh Xiangzi yang ditangkap pada 17 Disember 2019 telah disahkan dikenakan penahanan administratif, iaitu penahanan tanpa bicara, selama 15 hari mulai 18 Disember 2019 di Pusat Tahanan Yuexiu, atas alasan "mencari gaduh dan memprovokasi kekecohan. Walaupun dianggarkan akan dibebaskan pada 3 Januari 2020, tetapi terdapat pengalaman lampau di mana orang … Continue reading China: Aktivis yang prihatin pada pekerja pembersihan ditangkap

Bazir masa! Gagal buktikan kesalahan masih rayu di mahkamah tinggi!

Pihak pendakwaraya yang gagal membuktikan kes prima facie terhadap Karthiges dan Nathan, dua orang yang ditangkap pada tahun lalu semasa mempertahankan rumah penduduk miskin daripada pengusiran paksa di unit rumah PPR Padang Tembak, telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Sebutan kes untuk pendengaran rayuan kes ini telah ditetapkan pada 9 Januari 2020 yang akan … Continue reading Bazir masa! Gagal buktikan kesalahan masih rayu di mahkamah tinggi!

Khalid Ismath dibebaskan – Mansuhkan Akta Hasutan

oleh Nik Aziz Afiq Aktivis PSM Khalid Ismath yang telah ditahan oleh pihak polis pada 13 September 2019 di bawah Akta Hasutan 1948 telah dibebaskan di bawah jaminan polis pada hari ini, pukul 12.15pm, dari Ibupejabat Polis Daerah Dang Wangi Pihak polis tidak meneruskan cadangan untuk mereman saudara Khalid Ismath, sebaliknya hanya mengambil keterangannya bagi … Continue reading Khalid Ismath dibebaskan – Mansuhkan Akta Hasutan

Tak perlu tahan – Bebaskan Khalid Ismath serta-merta

oleh S. Arutchelvan Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengutuk tindakan penahanan terhadap Khalid Ismath, mantan Ketua Pemuda PSM, atas tuduhan di bawah Seksyen 4(1)B Akta Hasutan untuk siasatan yang berkaitan dengan posting twitter mengenai Raja Permaisuri Agung. Beliau telah ditahan di rumahnya di Klang oleh 3 orang anggota Polis Bahagian D5 Bukit Aman yang diketuai oleh … Continue reading Tak perlu tahan – Bebaskan Khalid Ismath serta-merta

Aktivis anti-pengusiran dibebaskan dari pertuduhan

GEORGETOWN, PULAU PINANG – 13 SEPTEMBER 2019: Karthiges dan Nathan, dua orang yang cuba mempertahankan rumah penduduk miskin daripada pengusiran paksa di unit rumah PPR Padang Tembak tetapi ditangkap pada tahun lalu, telah menang dan dibebaskan daripada pertuduhan pada hari ini oleh Mahkamah Majistret Georgetown. Setelah meneliti semakan terhadap saksi dan bahan bukti yang dikemukakan … Continue reading Aktivis anti-pengusiran dibebaskan dari pertuduhan

Aktivis pendukung perjuangan Papua ditahan

Pada ketika West Papua dilanda gelombang protes yang hebat, Kerajaan Indonesia sedang mempertingkatkan usaha untuk mematahkan kebangkitan rakyat Papua dengan menyekat ruang demokrasi untuk aktivisme yang menyokong perjuangan rakyat Papua untuk menentukan nasib sendiri. Jurucakap Fron Rakyat Indonesia untuk West Papua (FRI-West Papua), Surya Anta Ginting, ditangkap oleh polis di Jakarta pada 31 Ogos 2019. … Continue reading Aktivis pendukung perjuangan Papua ditahan

Peguam Negara teruskan pendakwaan terhadap aktivis yang pertahankan penduduk miskin daripada pengusiran paksa

22 JULAI 2019 – GEORGETOWN, PULAU PINANG: Kes pendakwaan terhadap Karthiges dan Nathan yang ditangkap semasa mempertahankan penduduk miskin di rumah pangsa PPR Padang Tembak Pulau Pinang daripada pengusiran paksa pada tahun lalu, telah bersambung bicara di Mahkamah Majistret Georgetown pada hari ini. Pendakwaan terhadap kedua-dua orang yang tertuduh diteruskan setelah Jabatan Peguam Negara menolak … Continue reading Peguam Negara teruskan pendakwaan terhadap aktivis yang pertahankan penduduk miskin daripada pengusiran paksa

Didakwa kerana bela rumah Mahathir – Gugurkan dakwaan terhadap Ketua Biro Perumahan PSM

oleh S. Arutchelvan  R. Karthiges, Ketua Biro Perumahan Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan seorang lagi aktivis tempatan Nathan a/l Munusamy, telah ditangkap pada 5 Jun 2018 yang ketika itu adalah bulan Ramadan, semasa mereka cuba mempertahankan rumah Mahathir bin Hajah Mydeen, seorang penduduk daripada keluarga B40 di unit PPR Padang Tembak, Pulau Pinang. Ini mungkin … Continue reading Didakwa kerana bela rumah Mahathir – Gugurkan dakwaan terhadap Ketua Biro Perumahan PSM