Kenyataan Media Solidariti #Johor20 dan Hari Belia: Hentikan intimidasi terhadap anak muda dan belia

16 Mei 2021

Berikutan daripada penahanan 20 orang anak muda Parit Raja pada malam 13 Mei 2021, kami ingin menuntut agar kesemua anak muda yang telah ditahan di IPD Batu Pahat dibebaskan dengan segera. Hal ini adalah kerana tindakan anak muda ini yang hanya menyuarakan kesusahan dan realiti hidup rakyat marhaen adalah dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan melalui Perkara 10 Kebebasan Bersuara dan Berhimpun.

Kejadian yang sedang dilabel sebagai satu rusuhan oleh pelbagai pihak sebenarnya adalah acara tahunan yang digerakkan oleh para anak muda Parit Raja yang tidak pernah diambil tindakan oleh pihak berkuasa sebelum ini. Namun tahun ini, acara tersebut sedikit berbeza kerana acara ini digunakan sebagai medium untuk menyuarakan realiti hidup kesusahan rakyat di kampung tersebut dan rakyat marhaen secara umumnya melalui kain rentang #KerajaanGagal.

Realitinya adalah ramai rakyat marhaen telah terkesan akibat daripada kegagalan kerajaan ini dalam menguruskan pandemik walaupun sudah mempunyai pengalaman lebih setahun. Prosedur dan SOP yang sering berubah-ubah serta tidak jelas dan konsisten telah memberikan kesan kepada orang ramai terutamanya peniaga-peniaga kecil serta peniaga bazaar di kampung yang terpaksa menanggung kerugian.

Kita baru sahaja mendengar perutusan Hari Belia Negara 2021 daripada YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam yang menyatakan bahawa beliau komited terhadap pemerkasaan belia, namun realitinya, kerajaan beliau hanya menghukum dan membungkam suara anak muda dan belia melalui intimidasi apabila mereka cuba menyuarakan keluhan rakyat marhaen. 

Kami daripada kumpulan-kumpulan NGO, anak muda, dan parti politik ingin menggesa Kerajaan Perikatan Nasional dan pihak berkuasa agar menghentikan intimidasi terhadap anak muda dan rakyat Malaysia. Sebagai pemerintah, mereka sepatutnya mendengar keluhan anak muda dan rakyat serta berusaha mencari penyelesaian dalam menjaga kebajikan rakyat.

Kerajaan Perikatan Nasional harus memelihara kebebasan dan jangan sesekali memandang rendah suara anak muda dan rakyat.

Kenyataan ini disokong oleh:

  1. Karyasama
  2. Borneo Komrad
  3. Demokrat Kebangsaan
  4. Tawau Kini
  5. Pertubuhan Kebajikan Bakti Malaysia
  6. Suara Mahasiswa UTHM
  7. NGO Bukit Payung (Persatuan Warisan Alam Bukit Payung)
  8. Suara Mahasiswa UMS
  9. Suara Mahasiswa Malaysia – SUARA
  10. Kelab Sastera Mahasiswa UMS (KARMA UMS)
  11. Kolektif Naratif (Johor, Kulai)
  12. SOS.movement (Simpang Renggam)
  13. Pusat Sekitar Seni (Parit Raja)
  14. TENAGANITA
  15. Imagined Malaysia
  16. Malaysia Muda
  17. Undi18
  18. KLSCAH Youth
  19. MISI: Solidariti
  20. Demokrat Malaya
  21. Young Democrats Malaysia
  22. Mahasiswa Roket
  23. Pusat KOMAS
  24. Malaysia Youths and Students Evolution (MYSE) Cawangan Melaka 
  25. Malaysia Youths and Students Evolution (MYSE) Cawangan Johor
  26. Challenger Malaysia
  27. Persatuan Belia Harmoni Malaysia (HARMONI MALAYSIA)
  28. Liga Rakyat Demokratik (LRD)
  29. SUARAM
  30. HAKAM Youth
  31. Parti Murba
  32. Pejuanita Muda
  33. Pemuda Amanah
  34. Pemuda Sosialis DAP (DAPSY)
  35. Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA)
  36. Pemuda Sosialis PSM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *