Vaksinasikan pekerja daripada ancaman virus kapitalis yang zalim dengan solidariti rakyat, demokrasi dan perlindungan sosial (Kenyataan Bersama Parti-parti Kiri Asia Tenggara untuk Hari Pekerja Sedunia 2021)

Kenyataan bersama ini merupakan inisiatif kumpulan-kumpulan Kiri Asia Tenggara, dan disokong oleh organisasi dari dalam dan luar rantau Asia Tenggara. Hari Pekerja Antarabangsa mengingatkan kita mengenai perjuangan kelas pekerja yang belum selesai dan sedang berlaku untuk sebuah dunia yang lebih baik, sebuah dunia di mana seluruh rakyat hidup dalam persekitaran yang bebas, samarata, adil, demokratik, sihat, selamat dan lestari. Usaha sebegini tidak dapat dicapai tanpa solidariti, organisasi dan mobilisasi rakyat pekerja dari bawah secara berterusan untuk memperjuangkan perubahan sosial yang sebenar.

Turki: Demokrasi terus diancam dengan perbicaraan pertunjukan terhadap HDP

Perbicaraan pertunjukan terhadap 108 orang pemimpin HDP yang akan diadakan pada 26 April 2021 merupakan sebahagian daripada plot untuk menghancurkan gerakan pembangkang demokratik berhaluan kiri yang paling besar di negara Turki pada masa kini. Selahattin Demirtaş, bekas Pengerusi HDP, seorang sahaja bakal berdepan dengan hukuman penjara selama 15,000 tahun sekiranya disabit kesalahan dalam kes Kobanî!

Rakyat Malaysia tolak keganasan pemerintah tentera Myanmar

KUALA LUMPUR – 31 MAC 2021: Masyarakat sivil di Malaysia menyatakan bantahan mereka dengan jelas terhadap keganasan yang dilakukan oleh pemerintah tentera Myanmar ke atas rakyat Myanmar yang berprotes secara aman untuk menuntut demokrasi. Bantahan tersebut telah disampaikan kepada Kedutaan Myanmar pada hari ini melalui penyerahan memorandum yang disokong oleh organisasi-organisasi masyarakat sivil dan komuniti … Continue reading Rakyat Malaysia tolak keganasan pemerintah tentera Myanmar