Berjuta-juta orang rakyat di seluruh dunia turun ke jalanan pada 2 Mac 2024 untuk menyatakan dengan jelasnya solidariti bersama rakyat Palestin dan menggesa gencatan senjata segera demi menghentikan perang genosid yang sedang dilakukan oleh rejim Zionis Israel di Semenanjung Gaza. Aksi solidariti antarabangsa ini merupakan gelombang protes di seluruh dunia yang menuntut supaya menghentikan kezaliman rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin dan menegakkan hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib sendiri.

Aksi protes sebegini akan berterusan sehingga kezaliman rejim Zionis Israel dihentikan dan rakyat Palestin mencapai pembebasan yang sebenar.

Berikut ialah sepintas lalu aksi-aksi solidariti bersama Palestin yang diadakan di pelbagai tempat di seluruh dunia pada 2 Mac 2024:

São Paulo, Brazil.
Pisa, Itali.
Havana, Kuba. (Foto: AFP)
Beirut, Lubnan. (foto: Mohamed Azakir / Reuters)
Tunis, Tunisia.
Glasgow, Scotland, United Kingdom. (foto: Robert Perry/EPA)
Cardiff, Wales, United Kingdom.
Asheville, Carolina Utara, Amerika Syarikat. (foto: Angela Wilhelm / Asheville Citizen Times)
Los Angeles, California, Amerika Syarikat. (foto: Michael Blackshire / Los Angeles Times)
New York, Amerika Syarikat. (foto: The People’s Forum)
Caracas, Venezuela. (foto: Venezuelanalysis)
Kuala Lumpur, Malaysia. Baca lebih lanjut tentang aksi “Himpunan Mega Demi Palestin” di sini. (foto: Sosialis.net)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *