Pekerja Ladang Elmina akhirnya tandatangani perjanjian jual beli rumah sendiri

Pekerja-pekerja Ladang Elmina di Sungai Buloh, Selangor, akhirnya menandatangani perjanjian jual beli bagi perumahan mereka. Rumah yang bakal diperolehi mereka ini sungguh istimewa, iaitu Rumah Selangorku Jenis C, Pangsapuri Harmoni Elmina yang sedang dibina di lokasi yang sama dengan tempat yang mereka telah tinggal dan membanting tulang selama 3 generasi sebagai pekerja Ladang Elmina.

Penternak lembu ladang Sime Darby gesa hentikan gangguan

Penternak-penternak lembu di sekitar kawasan Kuala Selangor, Selangor, telah membuat aduan polis pada 1 Mac 2020 di Balai Polis Sungai Kapar Indah ke atas pengurus ladang daripada syarikat Sime Darby berkenaan dengan ugutan untuk mengusir keluar lembu dari ladang. Penternak-penternak ini datang daripada Ladang Bukit Cherakah, Ladang Brownson dan Ladang Bukit Panjang. Menurut salah seorang … Continue reading Penternak lembu ladang Sime Darby gesa hentikan gangguan

Menteri Pertanian digesa campurtangan untuk selamatkan rezeki penternak

PUTRAJAYA: Penternak-penternak yang menjalankan aktiviti penternakan di ladang-ladang Sime Darby, telah menyerahkan satu memorandum kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pada 19 September 2019, untuk menyuarakan bantahan terhadap “Notis Larangan Ternakan” yang dikeluarkan oleh Sime Darby. Para penternak menyeru pada Salahuddin Ayub selaku Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani untuk mencampurtangan dalam isu ini … Continue reading Menteri Pertanian digesa campurtangan untuk selamatkan rezeki penternak

“Sime Darby, jangan usir kami!” seru penternak Kuala Selangor

KAPAR, SELANGOR – 7 SEPTEMBER 2019: Penternak-penternak yang mengusahakan penternakan lembu dan kambing di ladang Sime Darby sekitar Kuala Selangor, telah membuat aduan polis ke atas syarikat Sime Darby, pada hari ini di Balai Polis Sungai Kapar Indah, oleh kerana pihak syarikat Sime Darby hendak melakukan pengusiran secara paksa terhadap mereka dari kawasan ladang Sime … Continue reading “Sime Darby, jangan usir kami!” seru penternak Kuala Selangor