Aksi protes serentak diadakan di Ipoh, Kuala Lumpur, Seremban, Georgetown dan Johor Bahru, untuk bersolidariti dengan mangsa penipuan dan kezaliman bank komersial yang bersikap tidak berperikemanusiaan terhadap golongan berpendapatan rendah dan melelong rumah rakyat miskin pada ketika keluarga berpendapatan rendah ini ditimpa kesusahan sedangkan bank itu mengaut keuntungan lumayan.
Pekerja migran di hospital kerajaan ditinggalkan majikan tanpa makanan
Pekerja-pekerja migran yang ditinggalkan oleh majikan mereka tanpa makanan beberapa bulan yang lepas mendapat sedikit kelegaan baru-baru ini apabila mereka mendapat balik gaji tertunggak satu bulan, dan masih tunggu lagi untuk gaji sebulan yang belum dibayar…
Peneroka Gatco nak jumpa MB Negeri Sembilan tapi bas ditahan polis
Sebuah bas yang membawa peneroka Gatco untuk mengetengahkan isu mereka kepada perhatian Menteri Besar Negeri Sembilan telah dihalang oleh polis dalam perjalanannya.
Peneroka Gatco buat aduan polis: Tolak ugutan Exco Negeri Sembilan
Peneroka-peneroka Kampung Gatco membuat aduan polis di IPD Seremban pada hari ini berkenaan dengan ugutan daripada Ahli Exco Kerajaan Negeri Sembilan yang memaksa mereka untuk menerima sahaja tanah 4 ekar yang ditawarkan.
(Galeri gambar) Aksi sambutan Hari Pekerja 2021 di Malaysia
Hari cuti pada 1 Mei adalah tidak bermakna sekiranya tiada aksi sambutan Hari Pekerja Sedunia yang membawa aspirasi pekerja untuk memperjuangkan hak pekerja dan kesejahteraan bersama. Oleh sebab keadaan penularan wabak COVID-19 masih membimbangkan di negara kita, maka tahun ini juga tiadanya aksi massa yang besar-besaran. Namun demikian, aktivis-aktivis dan organisasi-organisasi yang bergabung dalam Jawatankuasa … Continue reading (Galeri gambar) Aksi sambutan Hari Pekerja 2021 di Malaysia
Penduduk Ladang Kirby tolak penempatan rumah pangsa sementara yang ditawarkan tanpa rundingan
Penduduk-penduduk Ladang Kirby menyatakan bantahan mereka terhadap cadangan Kerajaan Negeri Sembilan yang memaksa mereka berpindah ke penempatan rumah pangsa sementara tanpa sebarang rundingan dan persetujuan daripada penduduk-penduduk ladang tersebut.
Pengawal keselamatan sekolah menang kes di Mahkamah Tinggi Seremban
SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN: Mahkamah Tinggi Seremban telah memutuskan pada 15 Jun 2020 untuk menolak rayuan kes daripada pihak majikan BT Security Services Sdn Bhd, memberikan satu lagi kemenangan kepada warga pekerja. Kes yang diputuskan semalam merupakan kes rayuan yang difailkan oleh syarikat BT Security Services Sdn Bhd pada bulan September 2019 terhadap keputusan Mahkamah Buruh Seremban yang … Continue reading Pengawal keselamatan sekolah menang kes di Mahkamah Tinggi Seremban
Bina lebih banyak rumah mampu milik berharga RM45,000 hingga RM100,000 di Negeri Sembilan
Seremban, Negeri Sembilan: 9 Mei 2019 yang lalu merupakan ulangtahun pertama perubahan pemerintahan di peringkat Persekutuan dan juga di Negeri Sembilan. Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah menjalankan Jelajah Kempen “Turunkan Harga Rumah Sekarang” di Negeri Sembilan pada hari itu, ingin mengingatkan pada Kerajaan Pakatan Harapan tentang keperluan untuk menyediakan rumah mampu milik kepada rakyat. Setelah … Continue reading Bina lebih banyak rumah mampu milik berharga RM45,000 hingga RM100,000 di Negeri Sembilan
Mahkamah Tinggi Seremban tolak rayuan majikan yang buang pekerja secara tidak sah
SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN: Mahkamah Tinggi Seremban telah menolak rayuan daripada satu majikan yang enggan membayar pampasan penamatan kerja kepada pekerjanya yang diberhentikan secara tidak sah. Maheswary dan suaminya Roman, bekerja di sebuah ladang di Gemencheh, Negeri Sembilan. Maheswary bekerja dengan Nam Bee Company, manakala Roman bekerja sebagai pemandu lori di The Muar Rice and Transport … Continue reading Mahkamah Tinggi Seremban tolak rayuan majikan yang buang pekerja secara tidak sah
Pekerja pembersihan di Hospital Port Dickson dipulihkan kerja setelah diberhentikan secara tidak sah
Vanesri Subramaniam ialah seorang pekerja pembersihan yang bekerja di Hospital Kerajaan Port Dickson. Beliau bekerja di sana unutk lebih 20 tahun. Pada masa kini, Vanesri bekerja di bawah majikan baru, Panoramax Development Sdn Bhd, dengan kontrak selama 2 tahun. Disebabkan masalah kesihatannya, Vanesri pernah mengambil cuti sakit beberapa kali dan doktor pernah memberi satu surat … Continue reading Pekerja pembersihan di Hospital Port Dickson dipulihkan kerja setelah diberhentikan secara tidak sah