Golongan idealis percaya bahawa perubahan masyarakat itu berlaku kerana adanya tokoh-tokoh hebat yang memimpin atau mengetuai sesuatu perubahan itu, ataupun sejarah itu dicipta hanya mengikut kehendak atau kesedaran manusia itu sahaja. Ada pula yang percaya bahawa sejarah dibentuk melalui konspirasi sekumpulan kecil orang. Malahan, golongan materialis pula berpandangan bahawa keadaan atau perubahan itu ditentukan oleh … Continue reading Teori Sejarah Marxis
Ada apa dengan Perjanjian Malaysia?
16 September setiap tahun ialah Hari Malaysia, iaitu hari untuk memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Tahukah anda bahawa Malaysia dibentuk berasaskan Perjanjian Malaysia? Tahukah anda pula bahawa Perjanjian Malaysia tidak ditandatangani di mana-mana tempat di Malaysia, sebaliknya di London, ibu negara United Kingdom? Kemerdekaan negara-negara yang dijajah dan proses penyahjajahan merupakan satu trend … Continue reading Ada apa dengan Perjanjian Malaysia?
55 tahun dahulu, Malaysia dibentuk dalam penindasan terhadap pembangkang yang anti-imperialis
55 tahun dahulu, pada 16 September 1963, “Persekutuan Malaysia” ditubuhkan. Persekutuan Malaysia semasa penubuhannya merupakan penggabungan antara Persekutuan Tanah Melayu (ataupun dikenali sebagai Malaya), Sabah, Sarawak dan Singapura. Namun, penubuhan Malaysia berlaku pada zaman yang penuh gelora politik perjuangan yang diiringi dengan penindasan keras terhadap gerakan politik yang menentang pengaruh kuasa imperialis di rantau ini. … Continue reading 55 tahun dahulu, Malaysia dibentuk dalam penindasan terhadap pembangkang yang anti-imperialis
10 perkara yang anda mungkin tidak tahu tentang PSM
1. Berjuang 10 tahun untuk pendaftaran Tahukah anda bahawa Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengambil masa selama 10 tahun sebelum didaftarkan sebagai sebuah parti politik? Kenapa? Ini kerana PSM adalah sebuah parti yang disertai oleh aktivis daripada tiga buah organisasi masyarakat (iaitu SWP, CDC dan Alaigal), mempunyai sejarah dalam memperjuangkan isu-isu rakyat biasa. Menteri Dalam Negeri … Continue reading 10 perkara yang anda mungkin tidak tahu tentang PSM
1968: Tahun yang radikal
50 tahun dahulu, iaitu tahun 1968, merupakan satu tahun yang penuh dengan kebangkitan rakyat di seluruh dunia. Api penentangan, pemberontakan dan revolusi bersemarak di sana sini. Semangat revolusi dan idea untuk perubahan yang disaksikan dalam tahun 1968, bukan sahaja melahirkan generasi baru yang berpemikiran politik radikal, malah mempengaruhi perkembangan sejarah setengah abad selepasnya. Gelombang revolusi … Continue reading 1968: Tahun yang radikal
Internasionale – lagu pekerja sedunia: Dahulunya lagu haram, selamanya nyanyian perjuangan
oleh Shazni Bhai Setelah kejatuhan Paris Commune, dia bersembunyi dari penguasa dan menghadapi ancaman bunuh. Eugene Pottier, seorang pekerja pengangkutan telah menulis puisi yang panjangnya 6 stanza ketika melarikan diri ke London pada Jun 1871. Puisi itu berjudul L’internationale. Pottier telah memuatkan puisi ini ke dalam koleksi karyanya “Chants Revolutionaires”. 17 tahun kemudiannya, Pierre Degeyter … Continue reading Internasionale – lagu pekerja sedunia: Dahulunya lagu haram, selamanya nyanyian perjuangan
10 tahun perjuangan untuk pendaftaran
Walaupun Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditubuhkan pada tahun 1998, tetapi ia mengambil tempoh masa 10 tahun untuk mendadtarkan PSM sebagai sebuah parti politik yang sah untuk bertanding dalam pilihanraya. Walaupun tidak dibenarkan untuk didaftarkan pada awalnya, aktivis PSM tidak berputus asa dalam memperjuangkan pendaftaran parti di samping meneruskan usaha memperjuangkan isu-isu rakyat. PSM merupakan parti … Continue reading 10 tahun perjuangan untuk pendaftaran
Ada apa dengan Manifesto Komunis?
Pada 21 Februari 1848, Manifesto Komunis diterbitkan di London, Britain. Manifesto Komunis ditulis secara bersama oleh Karl Marx dan Friedrich Engels. Buku yang kecil ini pada asalnya bertujuan untuk digunakan sebagai program politik bagi “Liga Komunis” (dalam bahasa Jerman: Bund der Kommunisten). Liga Komunis merupakan prototaip kepada organisasi revolusioner kelas proletariat. Pada tahun 1847, Marx … Continue reading Ada apa dengan Manifesto Komunis?
Kebangkitan Naxalbari
(Tulisan ini diterbitkan bersempena dengan ulangtahun ke-50 Pemberontakan Petani Naxalbari pada tahun 2017.) Pada bulan Mei 1967, satu pemberontakan bersenjata petani tercetus di sebuah kawasan perkampungan yang bernama Naxalbari, terletak di daerah Darjeeling, negeri Bengal Barat, di bahagian Timur India. Pemberontakan di Naxalbari membuka tirai kepada gerakan perjuangan Maois yang dikenali sebagai Naxalite. Perpecahan CPI … Continue reading Kebangkitan Naxalbari
Adakah Korea Utara itu sosialis?
Kenapa Semenanjung Korea seringkali timbul ketegangan yang mungkin tercetusnya lagi peperangan? Adakah Korea Utara yang diperintah oleh Parti Pekerja Korea dengan Kim Jong-un sebagai pimimpin tertingginya pada masa kini, sebuah negara sosialis?