Walaupun Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditubuhkan pada tahun 1998, tetapi ia mengambil tempoh masa 10 tahun untuk mendadtarkan PSM sebagai sebuah parti politik yang sah untuk bertanding dalam pilihanraya. Walaupun tidak dibenarkan untuk didaftarkan pada awalnya, aktivis PSM tidak berputus asa dalam memperjuangkan pendaftaran parti di samping meneruskan usaha memperjuangkan isu-isu rakyat. PSM merupakan parti politik pertama di Malaysia mencabar Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia dalam mahkamah kerana dinafikan pendaftaran. Dengan kempen menuntut kebebasan berpersatuan yang mendapat sokongan hebat dari dalam dan luar negera, PSM akhirnya didaftarkan pada tahun 2008.
Published by Sosialis PSM
Lidah rasmi Parti Sosialis Malaysia (PSM). Sumber informasi perjuangan rakyat dan perspektif progresif. View all posts by Sosialis PSM