Kematian seorang warga Amerika Afrika, George Floyd, selepas dilayan secara keras oleh pegawai polis di bandar Minneapolis pada 25 Mei 2020, mencetuskan gelombang protes besar-besaran terbaru, bermula dari kawasan metropolitan Minneapolis-Saint Paul, negeri Minnesota, dan kemudiannya merebak ke seluruh negara Amerika Syarikat (AS). Protes turut tercetus di banyak tempat di seluruh dunia, sebagai solidariti kepada … Continue reading AS: Gelombang protes hebat menentang keganasan polis dan rasisme
Tahun rakyat bangkit berontak: Imbas kembali 2019 (Antarabangsa)
Tahun 2019 merupakan satu tahun yang penuh dengan perjuangan. Dari awal tahun hingga ke akhir tahun, dari benua Afrika ke Asia dan Amerika Latin, rakyat turun beramai-ramai ke jalanan untuk berprotes, ada yang berjaya menjatuhkan rejim bersifat kediktatoran, ada yang berjaya memaksa kerajaan yang memerintah membatalkan dasar anti-rakyat yang cuba dibawanya, ada yang masih bertahan … Continue reading Tahun rakyat bangkit berontak: Imbas kembali 2019 (Antarabangsa)
Hong Kong: Pemberontakan rakyat yang berterusan
Gelombang protes yang hebat telah melanda Hong Kong sejak hampir 6 bulan yang lalu, dan masih berterusan sehingga hari ini dan membawa masa depan yang tidak menentu kepada bandaraya yang menjad pusat kewangan antarabangsa ini. Protes yang bermula sebagai perarakan besar-besaran yang aman untuk menyuarakan bantahan terhadap rang undang-undang ekstradisi ke Tanah Besar China, telah berkembang kepada … Continue reading Hong Kong: Pemberontakan rakyat yang berterusan
Kejatuhan Tembok Berlin: Titik perubahan yang dicairkan
30 tahun dahulu, pada 9 November 1989, ribuan rakyat Jerman Timur melintasi Tembok Berlin untuk memasuki kawasan Jerman Barat di bandar Berlin, menjadi satu pemandangan bersejarah yang dianggap sebagai tanda berakhirnya Perang Dingin. Blok Barat yang diketuai oleh kuasa imperialis Amerika Syarikat menyifatkan kejatuhan Tembok Berlin sebagai kemenangan untuk “Dunia Bebas” yang dikuasai imperialis Barat. … Continue reading Kejatuhan Tembok Berlin: Titik perubahan yang dicairkan
Oktober bergelora: Gelombang protes berterusan demi keadilan sosial
Bulan Oktober 2019 yang lalu, merupakan bulan yang penuh dengan gelombang kebangkitan rakyat di merata tempat di dunia. Dari Catalonia ke Haiti, dari Lubnan ke Chile dan Ecuador, rakyat turun ke jalanan dalam jumlah yang besar untuk menyuarakan bantahan mereka terhadap ketidakadilan dan memperjuangkan masa hadapan yang lebih baik. Sama ada perjuangan untuk menentang keganasan … Continue reading Oktober bergelora: Gelombang protes berterusan demi keadilan sosial
Chile: Rakyat bangkit lawan neoliberalisme
Lebih 1 juta orang membanjiri ibu negara Chile, Santiago, pada 25 Oktober 2019, untuk memprotes terhadap dasar ekonomi neoliberal yang diamalkan oleh kerajaan pimpinan Presiden Sebastián Piñera yang berhaluan kanan. Gelombang protes yang melanda Chile sejak dua minggu kebelakangan ini, tercetus akibat daripada ketidakpuasan hati rakyat terhadap kenaikan tambang pengangkutan awam, kos sara hidup yang … Continue reading Chile: Rakyat bangkit lawan neoliberalisme
Lubnan: Rakyat bangkit lawan dasar ekonomi yang menindas
Sejak 17 Oktober 2019, Lubnan dilanda gelombang protes yang terbesar dalam 14 tahun kebelakangan ini yang telah melumpuhkan negara tersebut. Protes yang bermula daripada ketidakpuasan hati terhadap pengenalan cukai yang membebankan rakyat, telah berkembang menjadi tunjuk perasaan kemarahan yang hebat terhadap gejala korupsi dan cara kerajaan yang bermasalah dalam mengendalikan ekonomi negara Lubnan. Kerajaan Lubnan … Continue reading Lubnan: Rakyat bangkit lawan dasar ekonomi yang menindas
Revolusi China 1949
1 Oktober 2019 menandakan ulangtahun ke-70 penubuhan Republik Rakyat China, hasil daripada perjuangan Revolusi China yang diterajui oleh Parti Komunis China. Bagi pendukung negara China hari ini, semestinya hari 1 Oktober disambut dengan meriahnya dengan niat mengagung-agungkan pencapaian “hebat” negara China di bawah pemerintahan Parti Komunis China dan “kebangkitan” negara China sebagai kuasa besar dunia; … Continue reading Revolusi China 1949
Mesir: Gelombang protes hadapi penindasan rejim kuku besi al-Sisi
Medan Tahrir di bandar Kaherah dibanjiri oleh demonstran pada hari Jumaat, dengan slogan tuntutan untuk menjatuhkan rejim yang memerintah. Babak ini tidak asing bagi ramai orang pada tahun 2011 ketika berlakunya kebangkitan rakyat dunia Arab yang digelar “Musim Bunga Arab” (Arab Spring). Babak ini telah “diulang tayang” baru-baru ini, apabila ribuan orang, dengan kebanyakannya anak … Continue reading Mesir: Gelombang protes hadapi penindasan rejim kuku besi al-Sisi
Gerakan Milenial untuk menentukan nasib sendiri (Tembual khas tentang krisis politik dan gerakan perjuangan rakyat Hong Kong)
Sejak beberapa bulan yang lalu, tercetusnya gelombang perjuangan massa hebat di Hong Kong yang mendapat perhatian dunia. Sosialis.net menemuramah aktivis sosial tempatan di Hong Kong, untuk membolehkan pembaca dapat memahami krisis politik dan gerakan perjuangan rakyat yang sedang berlaku di Hong Kong, di luar kaca mata media aliran utama. Selepas temuramah dengan aktivis muda dengan … Continue reading Gerakan Milenial untuk menentukan nasib sendiri (Tembual khas tentang krisis politik dan gerakan perjuangan rakyat Hong Kong)