Kesihatan sepatutnya merupakan perkhidmatan yang sejagat, iaitu setiap orang boleh mengakses dan menggunakannya apabila dia memerlukannya, tanpa mengira orang itu kaya atau miskin. “Tiada masyarakat boleh secara sah menggelarkan dirinya bertamadun jika seorang yang sakit dinafikan bantuan kerana tidak mampu bayar,” kata Aneurin Bevan, Menteri Kesihatan Britain pada tahun 1940-an yang mengasaskan Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) di negara itu.
Perjuangan pembebasan hamba di Amerika (Siri Revolusi Dunia – 11)
Apabila dunia melangkah ke dalam zaman moden dengan kemunculan kapitalisme, dari kapal-kapal pengangkut hamba yang merentasi Lautan Atlantik ke kawasan perladangan yang terbentang luas di bumi Amerika, golongan hamba yang diperah tenaga mereka secara paksaan itu sering kali bangkit melawan. Setiap sebatan cambuk yang meninggalkan luka di atas badan hamba, lambat laun pasti dibalas dengan kebangkitan hamba yang hebat untuk menentang penindasan, menuntut kebebasan, menebus keadilan, menegakkan kesamarataan dan memulihkan kemanusiaan.
Strategi “RESET” KKM yang bermasalah
Sistem kesihatan sesebuah negara mencerminkan semangat negara itu - sejauh mana kita menunjukkan belas kasihan kepada pesakit, orang tua dan orang miskin? Sama ada kita membina sebuah sistem berasaskan solidariti yang memastikan setiap orang memperoleh penjagaan kesihatan yang diperlukan mereka tanpa mengira status sosial dan ekonomi mereka? Adakah kita melakukan secukupnya untuk menyokong pertugas kesihatan dalam sektor awam yang kini sedang bekerja dengan waktu yang terlalu panjang untuk berkhidmat kepada pesakit mereka?
Selamat Tahun Baharu 2026: Harungi cabaran hebat dengan semangat perjuangan kental
Masyarakat kita, sama ada di dalam negara atau di peringkat antarabangsa, sedang menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran yang bukannya baharu apabila kita melangkah masuk ke tahun baharu 2026. Jika kita hendak dunia kita mengelak daripada menghala ke arah kemusnahan, kita harus meneruskan perjuangan rakyat untuk pembebasan, demokrasi sejati dan keadilan sosial.
Imbas kembali 2025: PSM dan perjuangan rakyat
Pada penghujung tahun 2025 dan menjelang ambang tahun baharu 2026 ini, marilah kita imbas kembali sepintas lalu sebahagian daripada aktiviti-aktiviti dan usaha-usaha PSM dalam memperjuangkan isu-isu rakyat sepanjang satu tahun yang lalu ini.
Imbas kembali 2025: Antarabangsa
Imbas kembali beberapa peristiwa pergolakan masyarakat dan perjuangan rakyat yang penting di peringkat antarabangsa sepanjang tahun 2025.
Komun Paris 1871 (Siri Revolusi Dunia – 10)
Komun Paris 1871 ialah salah satu episod sejarah perjuangan kelas pekerja yang paling mengujakan. Dalam tempoh hanya beberapa minggu pada tahun 1871, kelas pekerja yang dikepung oleh musuh-musuh reaksioner telah menunjukkan kepada dunia bahawa golongan pekerja boleh mentadbir masyarakat secara demokratik, tanpa perlunya kapitalis. Buat pertama kali dalam sejarah, walaupun terhad kepada sebuah bandar, kita dapat menyaksikan bagaimana kelas pekerja boleh berorganisasi sebagai sebuah kelas pemerintah. Sehingga hari ini, pengalaman perjuangan bersejarah Komun Paris telah menyediakan pengajaran yang penting dan inspirasi yang bersemangat kepada semua golongan sosialis yang ingin memperjuangkan pembebasan masyarakat sebenar.
Revolusi 1848 (Siri Revolusi Dunia – 09)
“Seekor hantu sedang berkeliaran di Eropah - hantu komunisme. Semua kuasa Eropah lama telah memasuki sebuah perikatan suci untuk mengusir hantu ini: Paus dan Tsar, Metternich dan Guizot, Radikal Perancis dan perisik polis Jerman,” begitu tulisnya Manifesto Komunis yang diterbitkan di London pada 21 Februari 1848. Namun, apa yang tidak dijangkakan oleh penulisnya Karl Marx dan Friedrich Engels pada masa itu, François Guizot daripada “Metternich dan Guizot” yang hendak mengusir hantu komunisme itu dijatuhkan dua hari selepas Manifesto Komunis diterbitkan kerana revolusi yang tercetus di Perancis; sementera Klemens von Metternich, jurubina susunan ultra-konservatif Eropah pasca Napoleon, digulingkan tiga minggu kemudian apabila pemberontakan rakyat tercetus di Vienna.
Revolusi 1830 (Siri Revolusi Dunia – 08)
Gelombang revolusi yang melanda pada tahun 1830 merupakan lanjutan momentum Revolusi Perancis 1789 yang belum selesai dalam suasana dominasi kekuasaan konservatif di seluruh benua Eropah.
Pembebasan wanita dan kesamarataan gender yang masih belum dicapai
Hari Wanita Antarabangsa disambut pada 8 Mac setiap tahun, bukan sekadar untuk memberi penghargaan kepada sumbangan dan pengorbanan golongan wanita kepada masyarakat kita, atau meraikan kejayaan dan pencapaian kaum wanita dalam pelbagai bidang, tetapi yang lebih penting adalah mengingatkan kita semua bahawa perjuangan harus diteruskan untuk menegakkan hak wanita, membebaskan wanita daripada segala bentuk penindasan dan mewujudkan kesamarataan gender.
