Kapitalisme dan perkauman

Rasisme berkait rapat dengan kapitalisme, malah rasisme itu produk yang dihasilkan daripada kapitalisme dan berfungsi untuk memperkukuhkan sistem kapitalis. Rasisme ialah sejenis fahaman atau ideologi yang mendiskriminasi segolongan manusia berdasarkan ciri-ciri perkaumannya. Rasisme ditunjukkan dalam prejudis terhadap sesuatu kaum yang lain dan tindakan yang bersifat diskriminasi atau pilih kasih berasaskan kaum. Kapitalisme pula merupakan sistem … Continue reading Kapitalisme dan perkauman

Perjuangan kelas dan pembebasan wanita

Tokoh-tokoh politik kiri pada abad ke-19 dan awal abad ke-20, seperti Karl Marx, Friedrich Engels, Clara Zetkin, Rosa Luxemburg, V.I. Lenin, Alexandra Kollontai dan Leon Trotsky, telah memperkembangkan kerangka teori yang menghubungkaitkan perjuangan pembebasan wanita dengan perjuangan untuk membina sosialisme. Marx dan Engels menjejak punca penindasan ke atas wanita yang wujud pada peranan wanita dalam … Continue reading Perjuangan kelas dan pembebasan wanita

Perancis: “Jaket Kuning” hantui rejim Macron

Satu gelombang protes besar-besaran telah melanda Perancis, dengan ratusan ribu demonstran turun ke jalanraya dan mendirikan sekatan jalan, untuk menyuarakan bantahan mereka terhadap kerajaan pimpinan Presiden Emmanuel Macron dan dasar-dasarnya yang anti-pekerja. Pertempuran hebat berlaku antara demonstran dengan polis di jalanan Paris, mencetuskan konflik jalanan yang paling ganas sejak peristiwa kebangkitan rakyat pada bulan Mei … Continue reading Perancis: “Jaket Kuning” hantui rejim Macron

Kelas

Kelas yang dimaksudkan di sini bukannya bilik darjah/dewan kuliah dengan guru/pensyarah yang mengajar anak murid/pelajar, tetapi kelompok masyarakat yang dibezakan mengikut status sosio-ekonomi mereka, ataupun kedudukan mereka dalam hubungan pengeluaran-pengagihan kekayaan sesuatu masyarakat. Dalam masyarakat primitif, di mana manusia yang hidup secara kelompok itu tiadanya hasil buruh lebihan (surplus), maka tidak perlu wujudnya pemisahan kerja … Continue reading Kelas

Korea Selatan: Pekerja Ssangyong yang dibuang kerja diambil semula selepas 9 tahun

Syarikat pembuat kereta Korea Selatan SsangYong Motor Co. telah mencapai satu persetujuan dengan kesatuan pekerja pada 14 September 2018, untuk mengambil semula 119 orang pekerja yang diberhentikan kerja 9 tahun dahulu apabila syarikat tersebut melakukan penstrukturan semula. Ini merupakan satu kemenangan kepada perjuangan pekerja kilang kereta Ssangyong yang telah berlarutan untuk hampir satu dekad. Pada … Continue reading Korea Selatan: Pekerja Ssangyong yang dibuang kerja diambil semula selepas 9 tahun

Teori Sejarah Marxis

Golongan idealis percaya bahawa perubahan masyarakat itu berlaku kerana adanya tokoh-tokoh hebat yang memimpin atau mengetuai sesuatu perubahan itu, ataupun sejarah itu dicipta hanya mengikut kehendak atau kesedaran manusia itu sahaja. Ada pula yang percaya bahawa sejarah dibentuk melalui konspirasi sekumpulan kecil orang. Malahan, golongan materialis pula berpandangan bahawa keadaan atau perubahan itu ditentukan oleh … Continue reading Teori Sejarah Marxis