Revolusi Haiti (Siri Revolusi Dunia – 06)

Revolusi Haiti merupakan satu-satunya pemberontakan hamba yang berjaya dalam sejarah. Revolusi Haiti melahirkan sebuah negara baharu yang bebas daripada perhambaan. Haiti menjadi negara berdaulat pertama yang diasaskan oleh golongan bekas hamba kulit hitam, dan negara moden kedua di Hemisfera Barat yang mencapai kemerdekaan daripada kuasa imperialis Eropah, selepas Amerika Syarikat. Haiti juga merupakan negara berdaulat pertama di Amerika yang menghapuskan perhambaan secara berkekalan, enam dekad lebih awal berbanding Amerika Syarikat.

Revolusi Xinhai: Pembebasan nasional yang separuh jalan

Pada 10 Oktober 1911, tercetusnya satu pemberontakan di bandar Wuchang yang menandakan permulaan Revolusi Xinhai yang akhirnya menjatuhkan pemerintahan kerajaan monarki Dinasti Qing. Namun, revolusi nasionalis ini hanya berlaku sehingga separuh jalan apabila hasil kejayaannya diculik oleh golongan panglima tentera perang dan oligarki masyarakat yang mengekalkan keadaan semi-feudal dan semi-kolonial di negara China…

100 tahun Parti Komunis China

Parti Komunis China merupakan produk kebangkitan kesedaran pembebasan nasional rakyat China dan perjuangan massa dalam usaha menentang imperialisme, membebaskan masyarakat daripada feudalisme, melawan kolonialisme, menghapuskan penindasan kelas dan mewujudkan sebuah masyarakat yang adil. Parti Komunis China lahir dalam gelombang revolusi yang hebat dan mempengaruhi trajektori sejarah China dalam tempoh masa satu abad selepasnya…

Kronologi Revolusi Dunia (Bahagian 2)

Sejarah masyarakat manusia penuh dengan perjuangan rakyat yang menentang kezaliman dan membebaskan diri daripada penindasan. Kronologi sejarah revolusi dunia ini (dalam 3 bahagian) menyenaraikan peristiwa-peristiwa perjuangan rakyat di seluruh pelusuk dunia, merangkumi kebangkitan rakyat melawan penindasan, pemberontakan menentang kuasa pemerintahan yang zalim, penentangan terhadap kekuasaan penjajah dan revolusi yang mengubah sistem masyarakat. (Ini bukannya senarai … Continue reading Kronologi Revolusi Dunia (Bahagian 2)